Fuh Gempak Player

21 Apr 2014

Intermezzo: Green Day setia dengan punk rock

Sejak mula ditubuhkan hingga kini, Green Day setia dengan muzik punk rock. Gubahan muzik tiga kord yang ‘catchy’ memang sinonim dengan mereka terutama menerusi album ketiga yang paling sukses, Dokkie pada 1994.
Green Day yang dianggotai Billie Joe Armstrong (vokal, gitar), Mike Drint (bass) dan Tre Cool (dram) sebelum merekrut Jason White (gitar) sebagai anggota tetap pada 2012 juga kerap dibandingkan dengan band punk terawal seperti The Ramones, The Clash, Sex Pistols, The Jam dan The Buzzcocks. 

Demolicious adalah album kompilasi yang memuatkan 18 lagu daripada tiga album trilogi iaitu iUno!, iDos! dan iTre! yang dipasarkan secara berturut-turut pada 21 September, 9 November dan 7 Disember 2012. 

Turut dimuatkan ialah satu lagu baru iaitu State Of Shock yang tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album sebelum ini.

Lebih menarik mengenai Green Day ialah gubahan muzik mereka tidak pernah berubah. Mereka tetap tampil dengan lagu-lagu ‘simple’ tiga kord, tetapi ‘catchy’ yang disukai peminat setia mereka.

Apa yang pasti, muzik mereka tidak ‘complicated’, tetapi mudah didengar dan dimainkan. 

Antara lagu dalam album ini ialah 99 Revolutions, Angel Blue, Carpe Diem, Let Yourself Go, Ashley, Fell For You, Stay The Night, Nuclear Family, Stray Heart dan Rusty James. 


INFO 

ARTIS: Green Day 
ALBUM: Demolicious 
TERBITAN/EDARAN: Reprise/Warner Music

No comments:

Post a Comment