Fuh Gempak Player

29 Apr 2014

Kumpulan : MEDITASI Tarikh. : 3 Mei 2014 Waktu. : 1.00 petang Saluran : RTM TV 2

As salam semua sahabat FB Rockers Apa Khabar..

Syukur pada Mu Yaa Allah.. tahniah buat kumpulan PUTRA dan orang Melaka di atas persembahan yang terbaik untuk rancangan RAK ini.. janji pihak kami telah tertunai pada kamu semua.. Semoga berjaya di masa hadapan..

Kepada pada peminat semua.. Hari Sabtu.. In Sha Allah.. tiba giliran kumpulan yang terakhir di dalam siri program Rockers Apa Khabar musim 1 iaitu Kumpulan MEDITASI akan menghiburkan anda semua di kaca TV..

Kumpulan yg cukup terkenal dgn lagu.. Bidadari.. Biar Pedih Kasih Memanjang dan banyak lagi, pasti akan menggamitkan nostalgia zaman percintaan kita suatu ketika dahulu.. kenangan demi kenangan pasti akan menjelma.. kekuatan vakalisnya iaitu Burn akan membuatkan anda semakin teruja dan secara tidak langsung.. memberikan ‘amaran’ kepada generasi baru untuk berhati-hati dgn para otai rockers semua.. jadi.. pastikan para peminat semua berkampung di hadapan TV anda pada minggu ini bersama dengan Kumpulan MEDITASI.

Kumpulan : MEDITASI
Tarikh. : 3 Mei 2014
Waktu. : 1.00 petang
Saluran : RTM TV 2

Semoga bertemu kita nanti..

1 Rock... 1 Muzik... 1 Zaman...

Dari Meja : Pengurusan Rockers Apa Khabar.

No comments:

Post a Comment