Fuh Gempak Player

28 Apr 2014

Brick Mansions: Filem terakhir mendiang Paul Walker

Filem Brick Mansions dikategorikan karya gred B yang memiliki eleman aksi sentuhan Parkour yang lengkap untuk memberi satu pusingan berpering­kat-peringkat dalam satu plot.
Ia juga adaptasi dari filem popular Perancis, District 13 yang pernah diarah Luc Besson pada 2004. Sebaik penceritaan dan plot mula berkembang, 90 minit awal penonton dihidangkan dengan aktor berlari-lari dalam bangunan sambil 
bertarung.

Bagi yang pernah menonton filem The Raid, Brick Mansions dipenuhi karakter penjahat dan Walkerserta Belle perlu bertarung untuk keluar dari situ. 
Foto
Setiap plot dipenuhi tumbukan padu, aksi lasak dan elemen letupan de­ngan sedikit cerita untuk disampaikan, sekali gus menampakkan jika filem mula bosan dengan dialog panjang dan plot lembab, cara terbaik untuk kembali bertenaga ialah dengan memasukkan elemen aksi.
Dari situ, penonton dapat rasakan filem ini tidak ada yang baru untuk dihidangkan selain aksi dan ia juga filem terakhir mendiang Paul Walker

Namun begitu, penonton pasti tertarik pada beberapa plot aksi, antaranya pertarungan Lola dan Rayzah serta Damien dan Lino yang berdepan lelaki 7 kaki tinggi bernama Yeti. 

Ada juga beberapa elemen komedi menceriakan suasana, tapi lebih kepada apa yang ada di skrip. Mujur elemen itu berfungsi secara penuh, bukan sekadar tang­kap muat untuk membuatkan penonton ketawa. 

Pengarahnya nyata menggarap filem ini sekadar untuk hiburan peminat filem aksi semata-mata. Walaupun ada limi­tasinya, ia tetap dilihat sebuah filem berjaya. Mungkin kerana adanya mendiang Walker. 

Baik atau buruk filem ini, ia tetap akan jadi filem legenda kerana Walker sempat habiskan filem ini sebelum mati dalam kemalangan jalan raya, awal tahun ini, sekali gus Brick Mansions ada impak tersendiri dalam kalangan peminat aktor itu. 


INFO 

FILEM: Brick Mansions 
ARAHAN: Camille Delamarre 
PELAKON: Paul Walker, Robert Maillet, RZA dan David Belle 
GENRE: Aksi 
TAYANGAN: 25 April 2014 
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

No comments:

Post a Comment