Fuh Gempak Player

16 Apr 2014

Maut rempuh lori kontena

Rembau: Seorang pemandu lori maut selepas lori yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena di Kilometer 222.8 Lebuhraya PLUS Utara-Selatan (arah Selatan), awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Mohd Ali Abd Rahman, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. 
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau yang diketuai Mohd Yusoff Samad bersama tujuh anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan kemudian dibawa ke HospitalTampin untuk bedah siasat.
Foto
ANGGOTA penyelamat cuba mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun, pemandu lori kontena yang membawa lori muatan tong kosong, Zamri Idris, 46, tidak mengalami sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment