Fuh Gempak Player

16 Apr 2014

Debaran tercetus lagi

Persembahan ringkas yang dipertontonkan ketika sidang media sudah cukup memukau semua yang hadir, sekali gus memba–yangkan kehebatan 13 peserta Kilauan Emas 4 yang bakal membuka gelanggang pada 23 April ini dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Melihatkan bakat semua peserta, Astro berasa sayang untuk mengurangkan jumlah mereka kepada 10 peserta seperti musim lalu, sebaliknya mengambil keputusan memilih 13 peserta untuk bersaing bagi musim ini. 
Mereka yang terpilih ialah Abdul Ghani Tahil atau Wakgan, 67, dari Singapura, Benasil Kundong (Ben, 65, Sabah), Jokepli Hamdi (Joi, 50, Sarawak), Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim (Nas, 44, Selangor), Md Zain Ramli (Zain, 45, Sela–ngor), Nor-Din Yusoff (Nordin, 53, Kelantan), Omar SharifMat Din (Arip, 42, Pahang) dan Selvalingam Munisamy (Selva, 54, Melaka). 

Manakala peserta wanita pula ialah Aziana Ab Kadir (Aziana, 46, Kelantan), Muhaiyah Harun (Maya, 44, Negeri Sembilan), Tan Lee Wah (Leewah, 43, Perak), Zuraidah Mohd Zain (Raida, 41, Kuala Lumpur) dan Habsah Rohayati Ahmad (Hayati, 47, Pahang).
Foto
BARISAN pengajar dan peserta Kilauan Emas 4.

Semuanya hadir dengan latar belakang berbeza seperti penjaga kuda, bekas penya–nyi rakaman, penyanyi kelab, tukang masak, anggota polis dan mak andam, namun semuanya mempunyai persamaan iaitu vokal yang hebat dan memukau.

Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, menerusi sesi jelajah ke enam lokasi seluruh negara iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk sesi uji bakat, mereka akhirnya mengenal pasti 13 peserta ini yang disifatkan berkualiti dan hebat. 

“Tak dinafikan kami begitu cerewet ketika sesi uji bakat. Daripada ramai yang hadir, kami berjaya menemui 22 peserta yang disifat–kan layak untuk bersaing. Mulanya kami bercadang untuk mengecilkan jumlah ini kepada 10 peserta. Melihatkan kepada senarai 22 ini, kami dapat lihat usaha mereka yang datang untuk menyertai Kilauan Emas 4. 

“Mereka ada cerita menarik kenapa gagal bergelar penyanyi sebelum ini antaranya kerana komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Selepas perbincangan, kami akhirnya buat keputusan ambil 13 peserta bagi membawa cabaran musim ini,” katanya. 

Di antara semua peserta, terselit seorang bekas penyanyi iaitu Ringgo yang pernah menghasilkan album bersama kumpulan Arrow. 

Mengulas perkara ini Namanzee berkata, Ringgo atau nama sebenarnya Md Zain Ramli dipilih kerana menepati syarat ditetapkan. 

“Seseorang artis boleh menyertai Kilauan Emas dengan syarat mereka tiada album terbaru dalam tempoh enam tahun. Mengenai penyingkiran pula, kami masih merahsiakan formatnya sama ada akan menyingkirkan seorang atau lebih peserta dalam satu episod. 

“Ia bergantung kepada keadaan dan perbincangan lanjut nanti. Apapun ia akan me–ngikut format yang ditetapkan untuk program ini,” katanya. 

Seperti musim sebelumnya, Kilauan Emas masih mengekalkan Datuk Ramli MS dan penyanyi tersohor Ziana Zain sebagai juri tetap untuk musim keempat. 

Penambahbaikan turut dibuat dengan membawa masuk empat tenaga pengajar ia–itu Datuk Adnan Abu Hassan sebagai guru nyanyian, Siti Hajar sebagai guru vokal, Shah Slam sebagai guru muzik dan Ahmad Kassan sebagai guru tarian bagi menyumbangkan khidmat dan kepakaran masing-masing buat peserta. 


Semua peserta bagus 

Guru nyanyian Kilauan Emas 4, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, pelbagai faktor dititikberatkan dalam pengambilan peserta dan semua mereka berjaya melalui ujian yang ditetap­kan. 

“Kami tengok sejauh mana peserta ini boleh pergi kerana pengalaman menyanyi di luar dan dalam TV sangat berbeza. Pemilihan akhir dibuat dengan ketat menerusi perbincangan semua,” katanya. 

Bagi Siti Hajar, pemilihan 13 peserta ini tidak perlu dijadikan isu dan pertikaian. Baginya pemilihan ini dianggap rezeki buat peserta. 

“Suara yang bagus tanpa disiplin juga tiada gunanya. Tak dinafikan saya jadi ‘hotline’ buat peserta untuk lahirkan perasaan, tapi saya tak layan. Mereka yang tak terpilih bukan bermaksud tak bagus, tapi semuanya adalah ketentuan rezeki. 

“Kami alami pelbagai kerenah peserta pada peringkat kedua dan ketiga, tapi semuanya asam garam uji bakat. Kami ambil mereka bukan kerana agenda peribadi, tapi lebih kepada bakat besar peserta ini,” katanya. 

Peserta akan diadili menerusi sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Talian undian secara SMS sudah dibuka secara rasmi bermula semalam. 

Juara Kilauan Emas 4 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0 berserta trofi. 

Pemenang tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear serta trofi. 

Sementara itu, tempat ketiga dan keempat bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 dan RM15,000 serta trofi. Pemenang kategori juri pula akan menggondol wang tunai RM10,000 dan trofi.

Raja Azura masih kekal sebagai pengacara Pentas Kilauan Emas manakala penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar pula menggalas tanggung­jawab sebagai pengacara untuk episod Zon Kilauan Emas, Konsert Zon Kilauan Emas, Prolog Konsert Kilauan Emas, Nota Kilauan Emas serta Karpet Prima Kilauan Emas. 

Radio Sinar FM dipilih sebagai radio rasmi Kilauan Emas 4 

No comments:

Post a Comment