"Tiada satupun objek yang ditemui dipercayai berkaitan dengan MH370," menurut kenyataan itu, ketika pencarian pesawat Boeing 777-200ER memasuki hari ke-34 pada Khamis, melibatkan 14 pesawat dan 13 kapal dengan menjejaki kawasan pencarian seluas 57,923 kilometer persegi.
Pusat kawasan pencarian ialah 2,280 kilometer barat laut Perth.
Menurut JACC, usaha pencarian di dasar laut disambung semula pada Khamis dengan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield memantau di sebelah utara manakala kapal China Haixun 01 dan HMS Echo berada di hujung sebelah selatan.

Tiupan angin sederhana dari tenggara dan hujan sekejap-kejap diramal berlaku di kawasan berkenaan pada Khamis, menurut kenyataan itu, memaklumkan penglihatan sederana (5,000 meter) semasa hujan.
No comments:
Post a Comment