Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

Burger terbesar di Ipoh

Melihat saiznya saja sudah menggiurkan, apatah lagi ketika menikmati keenakan isi daging burger bakar 21 Grilled, antara burger terbesar di Bandaraya Ipoh.
Dulunya, jika mahukan burger bakar de­ngan saiz yang besar, orang ramai perlu meredah jauh ke kawasan lain, namun kini kehadiran Restoran 21 Grilled di River Walk Kinta Riverfront menyediakan segalanya. 
Mempunyai ramuan yang direncah istimewa, burger bakar seberat kira-kira satu kilogram ini boleh dimakan enam orang sambil menikmati pemandangan indah 
pokok bercahaya di sepanjang Sungai Kinta Riverfront. 
Foto
SAIZ yang besar menjadikan burger bakar 21 Grilled kelihatan sungguh menyelerakan.
Malah, penggunaan roti arigano serta roti bijan menjadikan burger bakar ini istimewa berbanding burger biasa. 
Pemiliknya, Suzyla Sarlan berkata, idea menjalankan perniagaan itu ketika dia bersama suaminya, Muhamad Ezuwan Ahmad memikirkan makanan apa boleh diterima pelbagai bangsa. 

“Selepas berhenti kerja, kami perlu memikirkan perniagaan yang sesuai dan selepas tiga bulan, terhasillah idea membuka 21 Grilled,” katanya. 

Menurutnya, antara menu utama yang menjadi pilihan orang ramai ialah Mexican Beef dan Chicken Monster Grill. 

“Burger ini diadun dengan resipi istimewa daripada pelbagai rempah ratus. Ayam atau daging dikisar dengan campuran rempah lalu dijadikan burger dalam pelbagai saiz yang sedia dipanggang. 

“Daging yang dipanggang kemudian disalut dengan sos lada hitam yang pasti menaikkan aroma rasa burger ini,” katanya. 

Tambahnya, roti arigano, roti bijan serta roti arang turut disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan. 

Katanya, walaupun beroperasi hampir setahun, sambutan diterima di luar jangkaan. 

Malah, ramai tidak me­nyedari restoran itu 100 peratus milik anak tempatan. 

“Ramai yang datang menyangka 21 Grilled adalah restoran makanan dari luar dan ada yang terkejut apabila tahu ia hasil usaha anak tempatan. 

“Malah, restoran kami yang terletak di Kinta Riverfront dikunjungi ramai pelancong tempatan dan luar,” katanya. 

Bagaimanapun, Suzyla mengakui amat sukar memilih harga yang sesuai ketika memulakan perniagaan. 

“Kami bimbang pelanggan tidak dapat menerima harga ditetapkan. Namun, harga sekitar RM32 untuk satu burger sebesar itu dirasakan berpatutan,” katanya. 

Mereka merancang membuka cawangan 21 Grilled di Danau Kota, Kuala Lumpur, bulan depan. 

Restoran 21 Grilled beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 malam. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook.

No comments:

Post a Comment