Meskipun aktif bersosial di komputer, anda masih boleh melakukan aktiviti harian seperti memasak dan lepak minum secawan kopi melalui laptop Lenovo Flex yang menukar mod notebook kepada ‘stand’ untuk diletakkan secara kemas di atas meja.
Selepas monitor dipusingkan sehingga 300 darjah, anda berupaya menjadikannya seolah-olah televisyen bersaiz 14 inci yang mempunyai fungsi sentuh menarik.
Lenovo Flex sudah pasti mampu teman setia yang membantu anda mengharungi situasi seperti kekurangan ruang kerja dengan mudah.
Ia hanya setebal satu inci, ringan dan mudah dibawa manakala ketahanan bateri selama sembilan jam yang lama mampu memberikan kelebihan kepada si pemakai.
Ia hanya setebal satu inci, ringan dan mudah dibawa manakala ketahanan bateri selama sembilan jam yang lama mampu memberikan kelebihan kepada si pemakai.
Peranti ini datang dengan tiga model iaitu AIO Flex 20 pada harga bermula RM2,999, Flex 14 berharga RM1,799 dan Flex 15 berharga RM2,699.
PRODUK LENOVO FLEX:
Harga & model: AIO Flex 20 (RM2,999), Flex 14 (RM1,799), Flex 15 (RM2,699)
Pemprosesan: Intel(R) Core(TM) i7, i5 atau i3, generasi ke-4
OS: Windows 8.1, 8
Grafik: Intel HD Graphics 4400
Memori: Sehingga 8GB PC3-12800 DDR3L SDRAM 1600 MHz
Kamera: 720p HD
Tanpa wayar: Intel 7260 b/g/n Wireless (2x2 BGN), bluetooth 4.0
Audio: Sound Stereo Dolby Advanced Audio
Bateri: 9 jam
Cakera keras: 500GB, 128GB SSD atau 256GB SSD
Sambungan L: 2 x USB 2.0, 1 x USB 3.0, slot kad (SD/MMC), Combo jack, HDMI-out, LAN
No comments:
Post a Comment