Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

Reviu Produk: Fon telinga bebas kabel

JIKA anda mahukan fon telinga bebas kabel yang baik, it@Metro kali ini memperkenalkan fon telinga Sonic Gear Airphone V yang boleh disambungkan tanpa wayar ke mana-mana peranti mudah alih termasuk iPod, iPhone, iPad mini, telefon pintar Android dan mana-mana tablet bersaiz sederhana.
Kaedahnya mudah, sediakan peranti anda, pasang sambungan Bluetooth dan terus buka muzik diinginkan. 
Ia juga antara aksesori peranti mudah alih yang boleh diperoleh atau difikirkan jika ada duit lebih dalam poket memandangkan produk terbabit seakan-akan fon telinga termaju bagi memenuhi keperluan orang ramai. 

Fon telinga daripada Sonic Gear ini berupaya menghasilkan semula dialog dengan tepat, runut filem bermutu, audio yang menarik serta bunyi merdu dan menyenangkan, sekali gus mengubah peranti kepada pemain MP3 berprestasi tinggi seperti konsert secara langsung.
Foto

Sebagai satu penyelesaian sempurna untuk aksesori, Airphone V menampilkan audio berkualiti yang menghasilkan penga laman bunyi meski pun tidak menghilangkan bunyi keliling secara menyeluruh.

Mungkin ramai orang yang mendengar muzik meng­gunakan fon telinga lain kebanyakannya berpuas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan, tapi anda perlu cuba produk ini untuk mendapatkan kesan lebih baik. 

Ia juga ditampil­kan dengan menarik sejajar kualiti bunyi dihasilkannya menerusi reka bentuk berwarna merah yang menyerlah. 

Tempoh mengecasnya juga tidak lama, hanya kira-kira satu hingga dua jam, namun pe­nguji agak ke­cewa dengan jangka hayat bateri yang tidak seperti digembar-gemburkan. 

Meskipun pada ruang tepi kotak menyatakan ia mampu bertahan sehingga 10 jam, namun apabila diuji, hanya enam jam saja tempoh masa sehingga bateri habis. 


PRODUK: 

Produk: Airphone V 
Harga: RM169 
Pengeluar: Sonic Gear 
Pertanyaan: Leapfrog 
Laman Web: Leapfroglobal.com/sonicgear 


INFO: 

Ciri: Fon telinga bluetooth 
Pro: Cepat sambung 
Kontra: Butang agak keras

No comments:

Post a Comment