Tahukah anda bagaimana nasib Sang Kancil pada abad ke-21? Ya kali ini kisah Sang Kancil datang dalam aplikasi seperti yang dibangunkan Terato Tech Sdn Bhd (Terato).
Lucu rasanya tetapi itulah antara cerita rakyat yang menghiburkan dalam aplikasi ini bukan setakat dikategorikan sebagai bahan bacaan ringan, namun ia memiliki pelbagai pengajaran yang dipaparkan menerusi kepintaran haiwan bertubuh kecil itu.
Aplikasi Forest Fables ini mengajak anak-anak menghayati kebijaksanaan Sang Kancil menghadapi kerenah Sang Bedal yang popular sebagai hikayat masa lalu.
Satu-satu cerita yang ditonjolkan memang pendek tetapi ia dapat melahirkan mesej yang berkesan, sekali gus diharapkan mampu menyemai sifat murni dalam kalangan pembaca.
Satu-satu cerita yang ditonjolkan memang pendek tetapi ia dapat melahirkan mesej yang berkesan, sekali gus diharapkan mampu menyemai sifat murni dalam kalangan pembaca.
Menariknya, kisah yang ditonjolkan dalam siri ini tidak semata-mata mengetengahkan kembali cerita rakyat yang diwarisi sekian lama dalam kalangan masyarakat, namun adunan suasana persekitaran masa kini menghasilkan jalan cerita yang lucu dan menyeronokkan.
Kancil adalah haiwan simbolik. Meneliti legenda kancil yang hanya hidup di kawasan Nusantara ini, pelbagai pengajaran boleh diperoleh.
Kisah kancil seolah-olah melambangkan bahawa kekuatan seseorang atau negara itu bukan semata-mata bergantung pada keadaan fizikalnya tetapi kepintaran seseorang atau sesebuah negara itu sendiri.
Ia umpama negara kecil yang bijak mengatasi pelbagai cabaran dan permasalahan negara yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment