Sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, Astro bakal menjelajah ke empat lokasi menerusi karnival Planet Gempak Ola Bola bagi mendekatkan lagi hubungan dengan rakyat negara ini.
Karnival itu bermula di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini diikuti lokasi kedua di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 17 dan 18 Mei ini.
Seterusnya, jelajah itu akan ke Plaza Angsana, Johor Bahru pada 13 dan 14 Jun ini sebelum berakhir di Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu pada 5 dan 6 September ini.
Dianjurkan buat kali kedua, jelajah itu bagi memberi peluang kepada penduduk setempat untuk merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Ia juga sebagai penghargaan kepada rakyat negara ini yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro.
Dianjurkan buat kali kedua, jelajah itu bagi memberi peluang kepada penduduk setempat untuk merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Ia juga sebagai penghargaan kepada rakyat negara ini yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro.
BARISAN artis pada sidang media Planet Gempak Ola Bola.
Tahun ini, pelbagai tarikan menantikan pengunjung Planet Gempak Ola Bola yang mempersembahkan kandungan istimewa daripada segmen Melayu, Cina, India serta kemeriahan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Mengekalkan slogan Alami Dunia Astro Anda, peminat program tempatan dalam semua segmen bahasa serta seleksi rancangan antarabangsa berpeluang mengikuti dan mengenali lebih mendalam mengenai bahan tontonan kegemaran mereka.
Selain itu, penggemar muzik akan menikmati rangkaian konsert yang menampilkan artis berbilang bangsa daripada pelbagai genre antaranya Hafiz Suip, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Waris, Denesh, Kabil & Akila, Geraldine Gan, Shian Ter dan Justin Ng.
Kanak-kanak yang hadir juga berpeluang beramah mesra dengan maskot program animasi terkenal seperti Upin & Ipin, Finn & Jake, The Smurfs dan Ninja Turtles.
Pada masa sama, karnival itu akan menampilkan perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara Piala Dunia 2014 selain pengunjung dapat menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh berkata, jelajah Planet Gempak Ola Bola memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati dan berinteraksi dengan idola selebriti masing-masing.
“Kami yakin karnival ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan percaya kehadiran program kegemaran ramai seperti MasterChef Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Fear Factor dan Kilauan Emas yang ditambah lagi dengan Piala Dunia pasti dinanti-nantikan ramai,” katanya.
Menurutnya, karnival Planet Gempak Ola Bola yang berlangsung di Bukit Jalil hujung minggu ini bakal menyaksikan percubaan Astro mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk siaran program komedi secara langsung selama 24 jam tanpa henti.
“Persembahan komedi terbitan Astro akan bermula pada Jumaat ini, jam 10 malam sehingga waktu sama keesokan hari di pentas utama Planet Gempak Ola Bola,” katanya.
Menurutnya, program komedi akan disiarkan menerusi saluran Astro Warna dan dijayakan barisan artis terkenal tanah air.
“Rekod ini apabila berjaya direalisasikan pasti mencipta tanda aras baru dalam industri penyiaran terutama berkaitan program komedi tempatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment