Fuh Gempak Player

16 Apr 2014

Samsung Galaxy S5: Tidak terlepas detik keemasan

Dalam keluaran lalu, penguji ada menyentuh sedikit mengenai kamera yang melengkapi telefon bimbit Samsung Galaxy S5 yang mana kamera belakang beresolusi 16 megapiksel (MP) manakala bahagian depannya 2.0MP.
Resolusi kamera belakang itu boleh dilaraskan hingga serendah 6 megapiksel. 
Menurut apa yang didokumenkan, sistem autofokus kamera terbabit berjaya ditambah baik dengan keupayaan membuat fokus pada kelajuan 0.3 saat atau kurang daripada itu. 

Ia dikatakan keupayaan terpantas dalam industri kamera telefon pintar, lebih-lebih lagi apabila pengguna gemar merakam gambar detik keemasan sedangkan ia datang dalam tempoh amat singkat.
Foto
SAMSUNG Galaxy S5

Dengan kelajuan serta kemajuan teknologi kamera sekecil ini, semua detik keemasan itu pasti tidak akan terlepas lagi.

Faktor itu menarik perhatian penguji yang mempunyai seorang anak kecil baru berumur 14 bulan dan saban waktu ada saja perkara baru yang dilakukan. 

Sudah tentu setiap detik keemasan itu tidak akan dilepaskan begitu saja. Faktor kelajuan kamera membuat fokus amat penting untuk rakaman detik keemasan itu. 

Memang secara lazimnya, sesuatu yang menjeng­kelkan apabila dikaitkan dengan kamera ialah hasil gambar yang kabur. Antara penyebab utamanya ialah fokus yang tidak tepat, lambat dan tangan bergoyang ketika merakam gambar. 

Satu lagi kemungkinan ialah fokus yang lambat atau gagal menyediakan kamera pada masa yang dikehendaki. Banyak masa terluang itu akan terlepas begitu saja. 

Menyedari hakikat itu, Samsung menggabungkan tiga elemen iaitu tek­nologi telefon pintar tradisional, autofokus yang terdapat di dalam kamera kompak dan sistem penjejak fasa yang biasa digunakan dalam kamera DSLR untuk membolehkannya membuat fokus lebih pantas. 

Semakin lama meng­gunakan S5, penguji yakin semakin ba­nyak pengguna boleh menjelajah lebih jauh ke atas fungsi kamera S5 ini. Misalnya ketika kamera aktif, terdapat ikon MODE yang boleh diguna pakai. 

Ia seolah-olah aplikasi yang boleh digunakan untuk menambah baik dan menambah gaya rakaman imej. Antaranya mod Auto yang tak perlukan apa-apa tetapan, tapi boleh ditambah baik dengan beberapa pelarasan dalam ‘Setting’. 

Beauty Face adalah ciri yang menambah baik rakaman jarak dekat seperti potret, Shot & More pula membenarkan pengguna untuk merakam beberapa imej pada satu masa dan dibenarkan memilih untuk hanya imej terbaik disimpan. 

Sebagaimana biasa, mod Panorama untuk merakam imej bersambungan, misalnya pemandangan di tepi pantai, Virtual tour shot untuk mencipta satu suasana interaktif maya bagi rakaman gambar di sekeliling dan Dual Camera pula boleh merakam imej meng­gunakan kamera depan, sedangkan kamera utama (belakang) merakam video serentak. 

Beberapa mod lain boleh dipindah turun daripada Samsung Apps, antara­nya termasuk mod Sound & shot yang boleh merakam suara dalam beberapa saat untuk dimasukkan ke dalam imej ketika diambil. Sementara tiga lagi mod yang ditawarkan di dalam Samsung Apps ialah Animated Photo, Sports shot dan Sourround shot. 

Bagaimanapun, ada sesetengah mod terbabit tidak mengaktifkan beberapa pelarasan yang terdapat di dalam Setting. Misalnya dalam mod Shot & more, pelarasan saiz gambar, rakaman berganda, pen­stabil imej, pengesan muka, ISO, titik tumpuan, kesan khas, lampu kilat, masa dan HDR tidak aktif. 

Penguji berpuas hati menggunakan kamera yang ada pada Samsung S5 ini. Cuma, adalah lebih baik jika ada butang pantas untuk mengaktifkan kamera untuk lebih pantas mengejar saat keemasan. Walaupun ada ikon pada muka depan, tapi mengambil masa untuk aktif jika dalam mod tidur. 


INFO 

Produk: Samsung Galaxy S5 
Harga: RM2,399 
Pengeluar: Samsung 
Pertanyaan: Samsung Malaysia Electronis 
Laman web: www.samsung.com.my

No comments:

Post a Comment