Hanya kerana tidak berpuas hati terhadap satu isu berkaitan politik, seorang artis memuat naik status mengutuk pihak terbabit di laman sosial.
Sebenarnya kes ini bukan asing dalam kalangan artis tanah air dan sudah tentu perbuatan mereka itu dilakukan tanpa memikirkan akibatnya.
Selepas dikecam teruk pengguna Internet, baru mereka menyesal dan meminta maaf kerana memuat naik status sensitif.
Berbalik kepada cerita asal tadi, status artis itu kini menjadi bahan perbualan orang ramai yang rata-rata marah dengan kenyataan dikeluarkan.
Berbalik kepada cerita asal tadi, status artis itu kini menjadi bahan perbualan orang ramai yang rata-rata marah dengan kenyataan dikeluarkan.
Mana tidak, status artis itu disertakan dengan perkataan sumpah seranah dan disusuli komen menyentuh sensitiviti pihak tertentu.
Nampaknya, artis itu tidak menjadikan kes yang menimpa artis lain sebelum ini sebagai pengajaran.
Jelas sekali dia jenis yang terlalu mengikut perasaan. Sesuailah dengan perangainya yang sering bercakap lantang.
Sebagai orang lama dalam industri, artis itu sepatutnya pandai menjaga imej sendiri dan menjadi teladan kepada artis baru.
Sekali lagi, SS berharap artis di negara ini boleh bijak menggunakan laman sosial untuk kerjaya mereka dan fikir sebelum berkongsi sesuatu.
No comments:
Post a Comment