Berbanding kaedah konvensional dalam kewangan, mata wang maya yang mula popular, Bitcoin kini menjadi kaedah pembelian ‘online’ yang sedang berkembang dan kini ia boleh digunakan untuk pembelian pelbagai produk di kaunter secara fizikal.
Ia mula diperkenalkan pada 2008 oleh individu Satoshi Nakamoto yang mana ia sistem pembayaran berbentuk ‘peer-to-peer’ dalam mata wang maya melalui perisian sumber terbuka.
Bitcoin dikawal komoditi berasaskan kriptografi yang mengawal mata wang terbabit.
Perbendaharaan Amerika Syarikat sendiri mengkategorikan bitcoin sebagai ‘decentralized currency’.

MESIN bitcoin mula disediakan.
Negara ini sudah pun diberi amaran mengenai pelaburan wang maya dalam Internet sebagai simpanan mereka yang boleh dihapuskan jika transaksi digodam atau menghadapi masalah kewangan.

Bulan lalu menyaksikan pasaran utama bitcoin di Kanada dan Jepun diiktiraf muflis selepas kerugian kira-kira RM1.6 bilion akibat kegiatan godam.
Bitcoin mencetuskan kontroversi dalam sistem kewangan sehinggakan Bank Negara sendiri menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan risiko yang terpaksa ditanggung jika menggunakan mata wang digital atau maya.
Secara rasminya, bitcoin tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah di Malaysia.
Bank Negara tidak me nyelia operasi Bitcoin yang mana nilainya bergantung kepada turun naik boleh mengakibatkan nilai pelaburan mungkin tidak terpelihara.
Negara luar seperti China, Thailand, Vietnam, Indonesia, Jerman, Perancis dan Russia juga mengeluarkan amaran sama mengharamkan terus penggunaan mata wang maya.
Apabila penggunaan mata wang maya ini semakin popular, ia sekali gus melonjakkan nilai bitcoin itu sendiri sehingga terdapat mesin khas bagi transaksi kewangan.
Kini lebih banyak peniaga menerima Bitcoin sekali gus meningkatkan nilainya.
Tahun lalu, jumlah perniagaan dalam Coin-Map, laman web yang menunjukkan syarikat dan vendor yang menerima Bitcoin meningkat tiga kali ganda kepada lebih 2,000.
Menurut Bitcoincharts yang memantau rekod mata wang, terdapat kira-kira 12.2 juta bitcoin di pasaran sekarang.
Meskipun pembayaran ‘online’ adalah untuk pelbagai transaksi daripada yuran hingga pembelian kopi bukanlah sesuatu kebiasaan, urus niaga di kebanyakan kaunter kini mulai menjadi popular.
Di Sepanyol misalnya, mata wang maya boleh digunakan untuk membeli minyak zaitun di Sepanyol atau membeli vodka di Moscow sebagaimana cara pelanggan membelanjakan mata wang digital.
“Peti masuk kami mendapat sambutan hangat sejak dua bulan lalu dengan lebih banyak vendor berkata, mereka kini menerima Bitcoin,” kata Jeremy Bonney, pengurus projek di CoinDesk, laman web yang menguruskan mata wang maya.
Bitcoin dikawal sebagai perisian dan ia tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan atau bank pusat.
Walaupun banyak syarikat mencetak Bitcoin dengan kod boleh diimbas untuk menghubungkannya kepada versi digital, ia jarang digunakan kerana menelan kos ratusan dolar seunit.
Pada 27 Disember lalu, harga Bitcoin mencecah RM2,443 menurut indeks harga DeskBitcoin.
Bagaimanapun, Singapura merancang mengawal pertukaran mata wang maya dan mesin layan diri untuk menangani kebimbangan ia disalah guna untuk pengubahan wang haram atau membiayai kegiatan ganas.
Meskipun ia tidak diiktiraf di Malaysia, mesin layan diri automatik pertama mula dilihat di Bangsar, Kuala Lumpur dan Gurney Plaza di Pulau Pinang oleh syarikat yang berpengkalan di Singapura, Numoni Pte Ltd.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norma Sit berkata, syarikatnya menganggarkan kira-kira 2,000 pengguna aktif bitcoin di negara ini.
“Kami sasarkan 100 mesin bitcoin dalam tempoh tiga tahun di Malaysia bergantung kepada permintaan,” katanya
Sehingga kini, sekatan kerajaan dan perbankan mengehadkan peniaga di seluruh dunia menggunakan Bitcoin pada skala besar.
Walaupun terdapat beberapa batasan untuk pembelian dan penjualan individu, pemberi pinjaman mungkin menutup perniagaan yang menguruskan kebanyakan urus niaga menggunakan mata wang elektronik.
Bank melaksanakan peraturan kerana bimbang kepada pengubahan wang haram dan Bitcoin termasuk dalam peraturan kerajaan kerana bimbang dengan isu mengelak cukai dan berpotensi pembiayaan kepada pengganas dan urus niaga dadah.
Lebih membimbangkan, hanya selepas beberapa bulan ia dikeluarkan, agensi penyelidik siber, FortiGuard Labs menemui botnet Bitcoin jenis ZeroAccess sebagai ancaman utama yang menjadi salah satu daripada dua variasi ‘adware’ Android baru.
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiGate, ZeroAccess adalah ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan.
ZeroAccess digunakan untuk klik penipuan dan perlombongan bitcoin yang berasaskan sumber berpusat dan terbuka terus meningkat berkemungkinan besar jumlah wang dihasil oleh ZeroAccess mengakibatkan kerugian berjuta-juta.
Antara pasaran terbesar bitcoin termasuk China yang mempunyai nilai perdagangan bitcoin kira-kira RM15.9 bilion.
Bagaimanapun, nilai terbabit lenyap daripada nilai dagangan global mata wang itu sejam selepas pengumuman Bank Pusat Beijing pada awal Disember lalu yang mengharamkan institusi kewangan untuk berurus niaga menggunakan mata wang itu.
Sehingga kini, bitcoin yang berasaskan kriptografi hanya boleh dikeluarkan 21 juta unit yang mana boleh disimpan sama ada secara maya atau dalam pemacu keras pengguna.
Ia menawarkan sistem pembayaran tanpa nama yang sebahagian besarnya tiada struktur berpusat dan transaksi secara terbuka dalam apa yang dikenali sebagai ‘blockchain’ dengan mereka yang mengekalkannya dibayar dalam unit baru, proses yang dikenali sebagai ‘mining’ (melombong).
Bitcoin menjadi satu fenomena global dengan harga yang semakin meningkat hingga seorang lelaki Norway mampu untuk membeli sebuah pangsapuri dengan menggunakan 5,000Bitcoin yang dibelinya pada nilai AS$24 pada 2009.
Pertumbuhan mendadak itu telah menimbulkan kebimbangan pasaran dengan penganalisis memberi amaran urus niaga itu berpotensi mencipta bencana kerana kekurangan asas dalam dagangan itu.

No comments:
Post a Comment