Di sebalik tumpuan seluruh dunia terhadap kehilangan pesawat Boeing 777 dengan kod penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines 17 hari lalu (sehingga artikel ini ditulis), terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan mencari populariti murahan menyebarkan berita palsu berlegar di ruang siber.
Bukan saja palsu, malah terdapat beberapa pautan yang disebarkan mengandungi virus mampu menjangkiti komputer peribadi (PC) pengguna sekiranya tidak berhati-hati.
Ia diburukkan lagi dengan ketaasuban sesetengah pengguna yang mahu menjadi ‘orang pertama’ menyebarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan pautan dibaca sebelum berkongsi dengan orang lain.
Berbanding membacanya di media massa yang boleh dipercayai, terdapat golongan lebih percaya kisah ‘kawan kepada kawan yang ibunya bekerja di pesawat tertentu mempunyai adik saudara pernah menaiki bla...bla...’ di Internet sebelum mengesahkannya terlebih dahulu amat mendukacitakan.

VIDEO palsu yang menyebabkan pengguna dilencongkan ke laman yang tidak ada kena mengena dengan MH370.
Penyebaran berita palsu pertama berlaku hanya lima hari selepas kehilangan MH370 apabila pautan di laman Facebook dengan tajuk ‘MH370 dijumpai, 50 penumpang selamat’ mula tersebar yang kemudiannya dikongsi individu tanpa memeriksa terlebih dahulu kandungannya.
No comments:
Post a Comment