Fuh Gempak Player

20 May 2014

‘Dah serik nak mohon bantuan’

Kuala Lumpur: “Saya hanya meminta bantuan, bukan peminta sedekah, tapi disuruh saya pakai cermin hitam dan duduk di jalan Chow Kit, itu ke contoh pegawai yang berkhidmat kepada rakyat?” kata Isa Ibrahim, 60, yang mengidap penyakit strok sejak empat tahun lalu.
Katanya, dia tampil ke pejabat pihak berkaitan untuk meminta bantuan ekoran kesempitan hidup, namun jawapan yang diberikan pegawai ketika itu sangat mengecewakan. 
Menurutnya, dia sudah berjumpa dengan pelbagai pihak sejak beberapa tahun lalu bagi memohon bantuan, namun sudah serik dan kecewa dengan setiap alasan yang diberikan. 

“Dulu datang berjanji macam-macam, tapi semua sama saja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Jujur 4, Bandar Tun Razak, di sini, semalam.
Foto
ISA dan Fauziah hanya bergantung bantuan anak dan Baitulmal.

Katanya, dia memerlukan sejumlah wang bagi membaik pulih bumbung rumahnya yang bocor serta menampung perbelanjaan ubat-ubatan serta barang keperluan dapur.

No comments:

Post a Comment