Fuh Gempak Player

20 May 2014

Rintihan dimakan api

Pasir Puteh: “Saya dengar dia merintih sayu meminta tolong, namun saya tak dapat berbuat apa-apa kerana ketika itu api marak dengan cepat,” kata Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Semerak Zawawi Othman yang juga antara saksi awal kemalangan ngeri di Kilometer 43, Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Wakaf Bunut, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Wan Ros Iskandar Wan Jusoh, 24, mekanik dari Kampung Landak, Jerteh, Terengganu rentung dalam kereta Toyota LE dipandunya yang terhumban ke dalam parit selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dipandu Muhd Safuan Zainal, 30, dari arah bertentangan. 
Difahamkan, Wan Ros Iskandar dalam perjalanan ke bandar Pasir Puteh dari Jerteh gagal menyelamatkan diri berikutan terperangkap dalam keretanya yang remuk manakala Muhd Safuan yang juga seorang jurutera, cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini, untuk mendapatkan rawatan. 

Zawawi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk kampung lalu bergegas ke tempat kejadian.
Foto
KEADAAN kereta mangsa yang rentung selepas terhumban ke dalam parit.

“Setiba di sana, saya melihat kereta mangsa sudah terbakar dan dia ketika itu masih hidup, meminta tolong, tetapi kami tidak dapat bertindak kerana api semakin marak.

No comments:

Post a Comment