Fuh Gempak Player

17 May 2014

Elfira: ‘Saya bukan tamak’

Bermula sebagai model iklan dan kini pengacara serta pelakon, Elfira Loy kini munculantara bintang muda paling menyerlah dan menjadi rebutan pengarah drama dan filem di persada hiburan tanah air ketika ini.
Malah, pemenang kategori Pelakon Pembantu Terbaik, Anugerah Skrin 2011 ini juga tidak menang ­tangan memenuhi unda­ngan berlakon terbitan pelbagai produksi. 
Terbaru, Elfira, 20, juga berjinak-jinak sebagai pe­nyampai radio di ERA fm sejak April lalu. 

Bukan tamak merebut segala peluang yang datang, sebaliknya misinya untuk mengembangkan lagi cabang seni sedia ada.
Foto

“Terus terang, saya juga meminati dunia penyiaran dan berminat untuk mencuba bakat sebagai penyampai radio bila ada kelapa­ngan. Justeru, tawaran dari pihak ERA fm bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“Saya terima tawaran untuk menjadi penyampai ERA fm kerana pihak stesen juga ingin menarik pendengar di kalangan remaja seusia di luar sana. Pada masa sama, saya juga hanya bertugas pada hujung minggu dan mengikat kontrak selama tiga bulan. 

“Pada mulanya, saya hanya sebagai penyampai jemputan, tetapi tidak lama selepas itu, diberi kepercayaan untuk mengendalikan Carta ERA 40 selama empat minggu,” katanya. 

Apa yang penting, kata Elfira, dia perlu bijak membahagikan masa antara kesemua cabang seni diceburi supaya ia bergerak seiringan. 

“Saya bukan tamak kerana menerima pelbagai tawaran yang datang sebaliknya ia rezeki yang sukar ditolak. Saya terima tawaran menjadi penyampai radio dan berlakon teater kerana ia memang minat saya sejak dulu. Selagi saya boleh mengendalikan jadual saya akan terima mengikut kemampuan diri.

“Saya menjadi penyampai kerana minat dan apa salahnya saya mencuba bakat sedia ada. Jika nak diikutkan, memang penat dan tidak cukup rehat, tetapi saya pastikan jadual tersusun dan tidak mengganggu komitmen pada bidang lakonan. 

“Pada masa sama, saya hanya bertugas di konti radio pada waktu pagi dan hanya pada hujung minggu. Selepas selesai di konti barulah saya ke lokasi penggambaran pula,” katanya. 

Justeru, kata Elfira, dia berasa terkilan dengan dakwaan dirinya dikatakan tidak berdisiplin kerana gagal memberi komitmen pada beberapa sesi latihan teater Di Bawah Lindungan Kaabah sehingga namanya ingin digugurkan dari pementasan berkenaan, baru-baru ini. 

“Saya hanya dapat tahu mengenai isu ini menerusi laporan di akhbar dan media sosial sebelum ini. Ketika dapat tahu mengenainya saya memang agak terasa hati kerana pihak produksi tidak berjumpa saya sendiri sebaliknya memberitahu pihak media terlebih dulu. Kalau mereka anggap saya bawa masalah dan ingin menggugurkan nama saya sekalipun, saya tidak kisah. 

“Sebelum menerima tawaran projek teater ini pun, saya sudah pun memberitahu pihak produksi mengenai jadual saya yang terikat dengan komitmen lain. 

“Saya akui memang banyak kali tidak dapat datang sesi latihan teater ini kerana dialog dan babak tidak banyak pun. Kalau dalam perjanjian saya boleh bertolak ansur untuk teruskan projek teater ini walaupun jadual saya padat, kenapa pihak produksi perlu berkira pula?,” katanya. 

Antara lakonannya yang meninggalkan impak pada penonton ialah Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Kum Kum, Kum Kum The Series, Syurgamu Ramadan, Cinta, Sabrina VS Sazaly dan Rawan Hati Seorang Wanita. 

Selain itu, Elfira diberi kepercayaan sebagai hos program televisyen seperti Cuti-Cuti Famili, Berani Jadi Bos, Selamat Pagi Putera Puteri, Waktu Rehat dan banyak lagi. 

Elfira turut mencuba bakat di layar perak menerusi filem Damping Malam (2010), Second Virgin (2011). Tidak ketinggalan, Dia juga mengembangkan cabang seni sedia ada dengan mencuba bakat dalam pementasan teater iaitu Alibaba (dipentaskan di Malaysia, New Delhi dan Iran), Ibu Zain dan Permata Hati pada 2008.

No comments:

Post a Comment