Tanpa mengira siapa dia sama ada dilahirkan sebagai manusia sempurna atau tidak, setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini memiliki impian dan cita-cita untuk menjadi orang berjaya.
Dalam industri hiburan tanah air sendiri sudah membuktikan mereka yang memiliki kekurangan diri seperti Ibrahim Pendek, Jamal Muhammad (Pak Jamal), Param, Kamal Pendek, Amran Kenit, Amir Raja Lawak dan Bocil (Saywho) boleh berjaya asalkan ada kemahuan dan sanggup bekerja keras.
Barangkali situasi yang dilalui Ibrahim Pendek, Pak Jamal, Param, Amran dan Kamal berbeza kerana dulu tidak banyak persaingan namun jiwa kental mereka menghadapi segala cabaran patut diteladani.
Mereka berkarya dengan tulus ikhlas, lantas pemergian mereka amat dirasai. Kamal masih ada, namun keadaannya tidak seperti dulu dan dia memerlukan pembelaan sewajarnya agar dia dapat meneruskan bakat seni yang dianugerahkan kepadanya.
Mereka berkarya dengan tulus ikhlas, lantas pemergian mereka amat dirasai. Kamal masih ada, namun keadaannya tidak seperti dulu dan dia memerlukan pembelaan sewajarnya agar dia dapat meneruskan bakat seni yang dianugerahkan kepadanya.
BOCIL Saywho
Amir dan Bocil, insan bertubuh kecil yang kuat semangat juangnya, mereka pantang berundur selagi kejayaan tidak berada dalam genggaman.
Di Hollywood, dua nama ini, Danny DeVito dan Herve Villechaize (Fantacy Island) adalah insan yang kekurangan daripada segi tubuh badan tetapi mereka adalah lambang anak seni yang berjaya mencipta empayar mereka sendiri.
Pun begitu, nasib malang menimpa Villechaize kala namanya masih gah meniti di bibir peminat dia menamatkan riwayatnya dengan menembak dirinya sendiri. Kita ikuti perjuangan mereka menukar mimpi menjadi realiti.
Bocil Saywho
Pelawak comel dari Indonesia, Bocil, 28, yang menganggotai kumpulan lawak Saywho juga senasib dengan Amir, bertubuh kecil namun memiliki sekeping hati yang kental dan berjiwa besar.
Katanya, dia tak merasa apa-apa (bertubuh kecil) kerana sememangnya manusia ada kekurangan masing-masing.
“Mungkin dari segi fizikal, saya kelihatan kecil sekali tapi dari segi mental belum tentu. Jadi, kalau Tuhan bagi kelebihan kita pergunakan, kalau Tuhan bagi kekurangan, jangan sesekali jauh hati,” katanya.
Tubuhnya yang kecil itu juga membuatkan ramai yang menyangka dia kanak-kanak sehingga pernah menghadapi masalah berurusan dengan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berbekalkan harapan dan semangat juang tidak pernah luntur, pelakon dan DJ radio itu kini berjaya mencipta nama sebagai pelawak di negara ini bersama dua lagi temannya, Eko dan Vicha.
Pemilik nama sebenar Muhammad Abdi Zein Bancin ini berasal dari Aceh Singkil, Indonesia
Ibrahim Pendek
Dialah tidaklah sekacak Jins Shamsuddin atau Nordin Ahmad kerana ketinggiannya hanya 130 sentimeter. Namun jiwa seni yang ada padanya membuatkan figura kecil bernama Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan ini berjaya mencipta nama sebagai pelakon terkenal StudioJalan Ampas.
Berderet filem lakonannya namun antara yang paling terkenal ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Filem Ali Baba Bujang Lapok juga memberi impak besar kepada apabila selepas menyaksikan kehebatannya lakonannya dalam filem itu, kru Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas ketika itu tertarik langsung menawarkannya berlakon sebagai pembantu doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah dia mencatat sejarah manis perfileman Melayu kerana dia pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem itu, Hollywood menawarkannya sekali lagi untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajatnya tidak kesampaian untuk meneruskan kerjayanya di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan visanya.
Anak seni yang berasal dari Taiping, Perak itu menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 71 tahun pada 25 November 2003, jam 9 pagi ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri iaitu selepas dia menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
No comments:
Post a Comment