Seremban: “Biarlah saya pencen, kasihan rakan sekolah kerana mereka perlu membantu saya dalam keadaan ini dan saya reda,” kata guru Sekolah Kebangsaan Labu Ulu Roslina Alias, 52, yang kini terlantar di rumah di Taman Gadong Jaya, di sini, selepas kedua-dua belah kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis dihidapinya lebih 10 tahun lalu.
Meskipun tidak mampu berjalan, semangat dan kesungguhannya untuk kembali mendidik murid sentiasa membara, namun beliau pasrah dengan nasib menimpanya.
“Kaki kiri saya terpaksa dipotong pada 2008 selepas mengalami luka dan kuman mula merebak. Namun, saya masih kuatkan semangat dan ke sekolah seperti biasa dengan memakai kaki palsu.
“Bagaimanapun, bulan lalu kaki kanan saya pula dipotong dan sejak itu saya tidak lagi ke sekolah kerana tidak mampu berjalan dan suami Mohd Kheder Abdullah, 53, serta anak yang membantu menguruskan saya,” katanya.

ROSLINA
Roslina berkata demikian ketika ditemui di rumahnya dalam Program Jelajah Psikososial kali ke-5 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2014, semalam.
No comments:
Post a Comment