Fuh Gempak Player

5 May 2014

Si bisu menjerit

Melaka: Jeritan secara tiba-tiba seorang wanita pekak dan bisu menyelamatkan ahli keluarganya daripada rentung selepas rumah didiami mereka terbakar di Kampung SungaiBalau, Krubong, di sini, semalam.
Kejadian jam 12.40 tengah malam itu disedari Lizawati Ismail, 28, yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) selepas melihat kepulan asap tebal bersama percikan api keluar dari bilik tidur di tingkat atas rumah dua tingkat berusia lebih 60 tahun itu. 
Sebelum kejadian, wanita itu yang dikatakan mahu menyalakan ubat nyamuk melaung sekuat hati menyebabkan neneknya Halimah Husin, 81, dan dua saudaranya, Julina Abu Seman, 38, bersama anak angkatnya Mohd Rahmad Hanim, 5, terjaga dari tidur sebelum keluar menyelamatkan diri. 

Lizawati yang menggunakan bahasa isyarat memberitahu, dia terjaga dari tidur selepas terlupa menyalakan ubat nyamuk lalu keluar dari bilik dan sebelum melihat percikan api serta asap keluar dari bilik.
Foto
ORANG ramai melihat rumah yang hangus di Kampung Sungai Balau.

“Dalam beberapa saat, api semakin marak dan keluar asap tebal menyebabkan saya panik. Ketika itu saya teringatkan nenek, kakak dan anak angkatnya yang tidur di bilik lalu menjerit sekuat hati untuk mengejutkan mereka

No comments:

Post a Comment