Fuh Gempak Player

4 May 2014

Simpan kemas kisah peribadi

Lebih 15 tahun menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa publisiti, baru sekarang nama Yaya Maembong dikenali dan menjadi sebutan peminat. Semuanya berlaku gara-gara pembabitan dua adiknya Emma dan Chacha yang turut sama terbabit dalam bidang seni.
Tempias populariti mereka turut terkena pada pemilik nama sebenar Rabbiati Adawiyyah Ismail, 39, apabila mula mendapat perhatian media. Bahkan pengakuan Yaya yang hangat menjalinkan hubungan dengan pelakon Saiful Redzuan Abu Bakar atau Wan Raja, 35, dan merancang berkahwin hujung tahun ini turut menghiasi dada akhbar. 
Yaya yang hadir untuk sesi fotografi yang diaturkan mengakui sedikit rimas dengan situasi yang dilaluinya sekarang. Baginya, memadai peminat hanya mengikuti perkembangan kariernya kerana kisah peribadi mahu disimpan kemas sendiri antaranya dan Wan Raja. 

“Sebenarnya saya tak boleh lagi bercakap hal itu kerana tak dibenarkan sangat. Orang yang tegas beri kata putus ini tak lain tak bukan ialah ayah saya sendiri. Dia sangat tegas dalam hal ini kerana tak nak kami terlalu ghairah bercerita sedangkan hasilnya belum nampak.
Foto

“Saya akui ada kebenaran kata-kata ayah kerana setakat ini kami baru merancang. Sekiranya perancangan tak jadi sedangkan kami sudah bercerita kepada semua orang, bayangkan siapa yang malu nanti? Perancangan memang ada, tapi kami berdua sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing sekarang.

No comments:

Post a Comment