Hampir 10 tahun membina kerjaya sebagai pelakon, baru sekarang Zara Zya, 28, dikenali dan digilai ramai. Drama bersiri popular Love You Mr Arrogant membuka jalan buatnya hingga mengubah perjalanan seninya.
Peminat setia siri itu turut menubuhkan kelab Love Zara Zya FC dan mereka menjadi tulang belakang kejayaannya meraih anugerah apabila majlis anugerah membabitkan undian peminat berpihak kepadanya.
Bermula dengan Pelakon Artis Baru Meletop dan Artis Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTop awal tahun ini, kemudian Anugerah Drama Festival KL 2013 untuk Hero & Heroin Pilihan bersama pasangannya dalam siri itu, Azlee Khairi.
Bagaimanapun, populariti diperoleh datang dengan harga yang perlu dibayar. Antaranya gosip dan fitnah apabila timbul cerita mengatakan hubungan cinta antara Azlee Khairi dan Zarina Zainoordin putus kerana ada kaitan dengan dirinya.

Cinta Azlee dikatakan beralih arah kepada Zara sehingga menyebabkan dia sanggup meninggalkan kekasihnya selepas hampir setahun menjalin hubungan.
No comments:
Post a Comment