Fuh Gempak Player

15 May 2014

Still 2: Efek seram berkesan

Thailand antara negara paling berjaya menghasilkan filem seram selain Jepun dan Korea. Mungkin kerana masyarakat Asia taboo dengan kepercayaan wujudnya hantu membalas dendam dan pendamping, cerita seram seperti sering menjadi pilihan.
Terbaru melalui Still 2 iaitu rendisi kedua selepas kejayaan filem Still pada 2010. Kali ini ia memaparkan empat cerita seram unik yang mempunyai empat kisah kematian tragik tersendiri. 
Menariknya, ia diangkat daripada beberapa kisah benar dikatakan berlaku dan pernah diterbit­kan dimedia negara itu sebelum ini. 

Bahagian pertama mengenai The Holy Sin karya pengarah Thanadol mengisahkan Non, sami muda terpaksa meninggalkan dunia sami untuk menjaga kekasih­nya Ploy yang sakit.
Foto

Malangnya Ploy ditemui mati ketika Non keluar selepas bergaduh dengan Ploy. Seperti biasa, plot seterusnya mayat Ploy dibuang tanpa diurus dengan betul kerana takut menjadi kes polis.

No comments:

Post a Comment