Silap mata ditampilkan Cyril Takayama, 41, bukan sekadar menggunakan daun terup sebagai alat bantuan, sebaliknya memukau penonton sebagai pelopor magik jalanan.
Dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Cyril juga dikenali dengan sikap peramah hingga membuatkan dia senang mendekati individu yang lalu-lalang.
Dek populariti serta kelebihan yang ada padanya, dia diberi peluang mengendalikan program sendiri, Cyril: Simply Magic pada 2009. Program pertama itu melonjakkan lagi namanya di serata dunia.
Dua tahun lalu, Cyril masih menjadikan silap mata jalanan sebagai elemen utama apabila muncul dengan program Cyril’s Family Vacation di Hawaii. Dia memakai topeng menyamar sebagai Grandma Magi, Uncle Richard dan Cousin Tiny.

Sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung bulan depan di Rio De Janeiro, Brazil, Cyril memilih destinasi itu sebagai medan mempamerkan kecekapannya menggabungkan persekitaran dengan helah (trick) silap mata.
No comments:
Post a Comment