Fuh Gempak Player

17 May 2014

Suami latih saya mengaji

Kuantan: "Guru saya ialah suami. Dia yang mencari pengajar melatih saya sehingga kami sama-sama masuk bertanding," kata Sarrul Munirah Haris, 31, qariah mewakili Melaka pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Tilawah kali ini adalah kali keempat disertai Sarrul Munirah yang bertugas di Bahagian Kaunseling dan Agama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, bersama suaminya, Azraie Abdul Hak, 34.
Ibu kepada lima anak itu berkata, meskipun mempunyai pengalaman bertanding dalam tiga tilawah sebelum ini, dia tidak boleh terlalu yakin sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk meningkatkan mutu bacaan.

"Syukur ada yang menjadikan kami pasangan contoh untuk melahirkan keluarga yang cintakan tilawah al-Quran tetapi sedikit sebanyak kami agak tertekan kerana pabila sama-sama bertanding.
Foto
AZRAIE menunjukkan sesuatu kepada isterinya. FOTO Zulkepli Osman

"Nasib baik kali ini, giliran saya dan suami pada hari berlainan," katanya ketika ditemui, malam kelmarin.

Pasangan itu pernah mewakili Melaka ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2004, 2007 dan 2008 manakala Sarrul pernah menyertai secara berseorangan dalam tilawah pada 2013.

Pasangan itu juga pernah muncul juara qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat NegeriMelaka pada 2008.

Sarrul Munirah berkata, penyertaan bersama suami membolehkan mereka melakukan persiapan bersama selain berkongsi teknik memperkemaskan bacaan.

Katanya, dia dan suami yang bertugas sebagai guru di Sekoleh Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka, yang juga pemenang tempat ketiga Akademi al-Quran musim pertama itu, sentiasa berkongsi tips bagi meningkatkan mutu bacaan.

"Minat dalam bidang tilawah al-Quran juga disemai kepada anak. Seorang daripada mereka, Athirah, 10, akan mewakili negeri pada tilawah peringkat kebangsaan," katanya.

No comments:

Post a Comment