Fuh Gempak Player

8 Oct 2014

Cetus Evolusi: Fuh FM khas untuk peminat rock

SEIRING dengan perkembangan teknologi yang semakin giat dibangunkan di negara kita, siaran radio bukan sahaja dapat didengari di corong-corong radio sebaliknya di hujung jari anda.

Bertepatan dengan tagline 'Mencetuskan Evolusi', radio online Fuh FM yang ditubuhkan pada Mac 2012 mencipta satu lagi sejarah dalam dunia penyiaran.

Sebagai alternatif kepada radio dahulu, pendengar boleh mendengar lagu menerusi Internet dalam sesawang http://fuhfmradio3.blogspot.com/ secara percuma.

Menurut Pengarah Fuh Network Management, Zamrudul Ahmar Mohd Ruslan atau lebih dikenali sebagai DJ Zack, radio online itu ditubuhkan berdasarkan permintaan orang ramai.

Katanya, dunia hujung jari membolehkan setiap lapisan masyarakat dapat mendengar lagu pilihan mereka di mana jua berada.

"Malah, kami beroperasi selama 24 jam seminggu tanpa henti untuk pendengar. Kebanyakan genre lagu yang diputarkan adalah rock kapak ketika era 70 an 80 an 90an hingga terkini.

"Ianya boleh didengari melalui alam maya atau Internet yang dipancarkan bukan sahaja dalam negara bahkan seluruh dunia," katanya.

Permintaan pendengar

Menceritakan di awal penubuhan radio online itu, DJ Zack berkata, ia dibina dengan kekuatan empat petugas yang juga dalam masa sama mengendalikan segmen-segmen bermula seawal jam 8 pagi sehingga keesokan harinya.

"Setelah dua tahun berlalu, kami kini mempunyai beberapa tambahan staf yang membantu melancarkan perjalanan radio kami.

"Kami juga merupakan radio rasmi kepada program Rockers Apa Khabar yang menjelajah seluruh Malaysia," katanya.

Ujarnya, selain lima penyampai radio atau DJ, mereka turut dibantu dengan dua staf sokongan iaitu Azarul Azila Zainal Abidin (Juru Foto) Mohd Syukri

Sedikit mengenai Fuh FM, Zack berkata, ia adalah 100 peratus syarikat yang dimiliki Bumiputera yang dibangunkan secara tidak rasmi pada tiga tahun lalu.

"Fuh FM adalah salah satu projek di bawah Fuh Network Management dan atas permintaan pembaca-pembaca blog kami iaitu Kaki Berita.

"Pendengar boleh mendengar suara kami sama ada melalui website mahupun telefon pintar. Ia merupakan permulaan kami dalam satu skop yang baru iaitu persembahan melalui suara dan pendengar," ujarnya.

Sementara itu, terdapat 11 segmen yang ditawarkan kepada pendengar termasuklah Fuh Santai, Fuh Cintan, Fuh Interhtz, Madah Pujangga, Retro dan sebagainya.

Perkhidmatan terbaik

Dalam masa sama, Zack berkata selain radio online Fuh Fm juga menyediakan pelbagai perkhimatan diantaranya membekal Alat system bunyi(P.A System) untuk karaoke,perkhidmatan Deejay/Pengacara,pengurusan karnival web design,printing,pengiklanan,promosi lagu baru artis tempatan,membawa/mempromosikan artis rock tanahair .katanya

"Kelebihan pada kami berbanding syarikat lain ialah kami mampu membawakan suasana majlis tersebut secara langsung melalui sistem radio kami iaitu FuhFM.

"Kami juga memberi perkhidmatan deejay dan pengacaraan yang terbaik untuk sesebuah majlis dan karnival.

"Kesemua pengacara dan deejay dari Fuh FM adalah yang terlatih," katanya.

Selain itu, Zack berkata, dia mahu radio menjadi medium penyebaran informasi dan menubuhkan sebuah blog yang dikenali sebagai kaki Berita.

"Dari situ kami memberikan informasi tulus dan mendapatkan dari sumber boleh dipercayai mengikut akta media komunikasi," ujarnya.


6 Oct 2014

Afee U-topia Masih Berbisa

Siapa tak tahu lagu Maya Percintaan, Di Sini Pasti ataupu Mithali Cintaku maknanya dia bukanlah peminat rock kapak yang sejati. Sebab lagu-lagu ini lah yang selalu berkumandang di corong2 radio dan lagu2 ni lah lagu yang melonjakkan nama Kumpulan U-topia dalam persada muzik rock tanahair.

Mungkin ramai yang fikir kumpulan U-topia dah lama berkubur sama dengan banyak lagi kumpulan rock popular sekitar 80an dan 90an. Ternyata korang silap kerana Vokalis yang sememangnya vokalis asal dan satu-satunya vokalis kumpulan U-topia bak kata omputeh the one and only masih lagi aktif membawa nama U-topia dalam arena muzik tempatan.

Lagu-lagu popular U-topia yang sangat dikenali oleh masyarakat, bukan saja peminat rock yang sebaya dengan gua malah yang kecik2 pon boleh nyanyi sama2 dengan Bro Afee di persembahan pentas beliau. Nampak tak, betapa hebatnya penangan orang lama yang kita gelar Otai ni. 

Pada sekitar tahun 2012 nama Afee kembali menggegar arena muzik tempatan apabila lagu rakaman terbarunya, Maafkan Aku mula menguasai carta2 radio tempatan sekaligus melonjakkan nama vokalis U-topia yang selama ni kita tak pernah nak amik kesah. Sebagai peminat rock dolu2, gua akui.. memang gua xpernah tahu nama line up U-topia ni, tapi lagu2 diorang terpahat dalam hati gua. Tapi Bro Afee sendiri pernah berkata "Tak kenal orang takpa, yang penting lagu korang tau" ... mesti lah kan? sbb lagu tu yang membolehkan diorg cari makan.

Dikhabarkan juga Bro Afee kini merupakan Duta Produk bagi sebuah jenama automotif terkemuka iaitu MP-R Auto Perfomance. Maklumat lanjut klik sini http://mpr4u.my  dan Bro Afee sibuk keluar masuk konti-konti radio dalam rangka promosi MP-R dan turut serta turun padang bersama team MP-R.

Posting ni bukan apa, cuma untuk gua sebarkan pada korang yang Bro Afee masih aktif dan Kumpulan U-topia juga masih wujud lagi. 

Kepada lu orang yang mahu melihat Bro Afee beraksi di majlis korang samada secara solo atau bersama kumpulan U-topia, korang boleh terus direct contact Bro Afee di talian 013-674 5664

21 May 2014

Ecah sedih lagu tak ikut trend

Hanya kerana me­rasakan lagunya tidak mengikut aliran masa kini, ­sebuah stesen radiodikatakan enggan memutarkan karya bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aishah kepada pendengar.
Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang mengakui perkara itu menyebabkan dia berputusasa dan tidak mahu meneruskan usaha mempromosi lagu itu. 
Menurut penyanyi berusia 23 tahun itu, single pertama ciptaan sendiri itu berjudul Indah dan bergenre kontemporari jazz.

“Saya menghantar lagu itu kepada orang atasan sebuah stesen radio untuk didengar dan berharap dia memberi respons baik. Bagaimanapun, saya sangat kecewa sebaik diberitahu lagu itu kurang sesuai untuk pendengar stesen radio berkenaan kerana muzik­nya sudah bukan trend sekarang,” katanya.
Foto
Ecah

Katanya lagi, komen negatif itu menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat menghantar lagunya ke stesen radio lain kerana hilang keyakinan diri.

“Kejadian itu betul-betul menjatuhkan semangat saya kerana karya itu adalah usaha sendiri sepenuh­nya,” katanya.

Aishah juga mengakui agak sukar baginya menaikkan kariernya dalam industri hiburan tempatan kerana dia tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

“Sekarang, saya gerak sendiri dan ingin ada orang menguruskan karier, cuma tidak tahu kriteria yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia kini mahu dikenali sebagai Ecah kerana ramai pe­nyanyi memiliki nama sama dengan­nya.

Mengenai perkembangan kerjaya, penyanyi itu muncul sebagai penyanyi undangan untuk single baru Cat Farish bersama kumpulan Tiga Swagger dan Zizan Razak berjudul Ops! Aku Dah Ter.

Selain itu, Aishah menjadi pengacara program tarian berjudul Ketipan Payung di RTM dan bakal terbabit dalam penggambaran program baru stesen televisyen itu.

Kedah berkabung

Alor Setar: Suasana pilu menyelubungi rakyat Kedah yang hadir di Makam Diraja Langgar, di sini, sebaik jenazah Almarhum Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, tiba di pekarangan makam untuk disemadikan, semalam.
Jenazah Almarhum Tunku Annuar selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, di sini, jam 5.20 petang selepas diarak 20 kilometer menaiki pedati diraja melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung dan seterusnya ke Jalan Langgar.
Terdahulu, Almarhum yang juga Tunku Bendahara Kedah mangkat pada jam 12.20 tengah malam semalam di Hospital Pantai Ipoh, Perak akibat serangan jantung ketika berhenti makan di Ipoh sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Istana Kuala Cegar sebelum ke Balai Penghadapan di Istana Anak Bukit untuk disembahyangkan dan dibawa berarak ke Makam Diraja Jalan Langgar pada jam 3.40 petang untuk disemadikan selepas solat Asar.
Foto
TUANKU Abdul Halim serta Tuanku Hajah Haminah bersama Muhyiddin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Annuar, semalam.

Sebaik jenazah Almarhum disembahyangkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda penghormatan terakhir.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Toh Puan Bendahara Nor Suzana Abdullah dan empat cahaya mata iaitu Tunku Putra Badlishah, Tunku Azudin Shah, Tunku Johanez dan Tunku Marina.

Upacara pemakaman dihadiri kerabat Diraja Kedah termasuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan barisan pemimpin negeri.

Turut hadir, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Fiza sunyi selepas bercerai

Andainya masa boleh diputar kembali, dia juga impikan rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Yang Maha Pencipta.
Ternyata, baru tujuh bulan mengecapi kemanisan berumah tangga dengan penyanyi Adam AF2, pelakon dan penyanyi Fiza Elite, 32, terpaksa reda dengan kehancuran rumah tangga mereka yang baru dibina itu.
Sudah kering air matanya menangisi perpisahan yang tidak dirancang itu. Demi masa depan, Fiza mengakui, dia perlu tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya yang masih kecil.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, walaupun sudah bercerai, hubungannya dengan Adam masih baik seperti dulu.

“Kami juga masih berhubung dan bertanya khabar perkembangan diri masing-masing. Saya juga sudah meminta maaf kepada keluarga Adam (bekas mentua) atas apa yang berlaku dan berharap mereka dapat menerima saya semula selepas ini.

Campak pistol atas jalan

Serdang: Seorang penjenayah bermotosikal yang dikejar anggota polis bertindak mencampakkan sepucuk pistol dan satu kelopak peluru ke atas jalan raya bagi menghapuskan bukti jenayah dilakukan.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek bertindak merempuh pemeriksaan anggota polis sewaktu ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Puteri di sini. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon berkata, suspek dikesan menaiki tiga motosikal bersama empat rakan lain sebelum cuba ditahan tiga anggota unit kereta peronda polis. 

Beliau berkata, kelima-lima suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun bertindak melarikan diri sebelum dikejar polis.
Foto
SEORANG daripada lima suspek yang ditahan.

“Seorang suspek yang membonceng motosikal terbabit dilihat sempat mencampakkan sepucuk pistol ketika sedang melarikan diri.

‘Syurga saya bawah jejambat’

: “Setiap malam saya tidur di atas sofa lusuh ini. Saya tiada pilihan kerana ini saja tempat saya berteduh,” kata Jamaluddin Abdullah Ratnam, 66, yang tinggal gelandangan di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter Pantai Dalam di sini, sejak 10 tahun lalu.
Biarpun hidup dalam keadaan tidak terurus dan diganggu bunyi bising gerabak komuter namun lelaki warga emas terbabit tetap menghuni kawasan itu yang dianggap ‘syurga’ bagi berteduh dari panas dan hujan. 
diakini hidup sebatang kara kerana tidak pernah berkahwin malah adik-beradiknya juga tidak pernah ditemui sejak berhijrah ke Kuala Lumpurpuluhan tahun lalu. 

“Sebelum inisaya ada rumah di perkampungan setinggan di kawasan berhampiran namun semua rumah itu dirobohkan. Malah semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan.
Foto
JAMALUDDIN berehat di sofalusuh di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter.

“Keadaan itulah yang memaksa saya tinggal di bawah jejambat ini. Saya bukannya sengaja tinggal di sini tetapi saya tidak ada pilihan,” jelas lelaki berasal dari Alor Gajah, Melakaini.

Padah lompat pagar sekolah

Rantau Panjang: Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci. 
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan 'Hydraulic Cutter' untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.

"Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
Foto
FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat.

"Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu," katanya.

Berapa Kos Malaysia Perlu Bayar Untuk Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi

Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara
Fu Wa & Fengyi
Berapa Kos Malaysia Perlu Bayar Untuk Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi  | Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.


Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.


Panda Gergasi
Pasangan Panda Gergasi. Panda jantan, Fu Wa (kiri), dan panda betina, Feng Yi

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.


Astro Awani


Video Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi

Nat Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki.

Skru pada kemaluan.

Skru lelaki kemaluan

[Image: pasukan_bomba,_nat_skru,_keupayaan_seksu...sulit,.jpg]


Karut betul la. Menyusahkan orang betul. Macam la bomba takde keje lain nak buat dari melayan kerenah manusia yang tak guna akal dengan sempurna.

Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

tangkap Berbogel, Beri Alasan Datang Rumah Awek Nak Cuci Baju

[Image: image.jpg]

Pasangan kekasih dicekup dan ditahan sebelum disoal siasat.

SUNGAI PETANI - “Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasihnya ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kerana bersekedudukan.

Pasangan itu dicekup dalam sebuah rumah di sini ketika sedang tidur pada jam 9.30 pagi oleh sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Pasangan itu yang berusia 20 tahun berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar menyewa di perumahan terbabit kerana mendakwa sedang bekerja di bandar ini.

Apabila ditanya, wanita itu berkata, rumah sewanya hanya 200 meter dari situ dan datang ke rumah kekasihnya pada jam 8 pagi untuk mencuci baju kerana terdapat sebuah mesin basuh di situ.

Bagaimanapun, ketika dicekup kedua-duanya ditemui berada di sebuah bilik dan salah seorangnya tidak berpakaian.

Berdasarkan pengakuan, mereka sudah berkenalan lima tahun lalu sejak di bangku sekolah dan kini masing-masing sedang bekerja di sebuah pasar raya dan kilang berasaskan ubat-ubatan di bandar ini.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, aduan dikemukakan orang awam apabila ternampak seorang wanita sering berkunjung ke rumah kekasihnya yang tinggal seorang diri termasuk pada waktu malam.

“Hasil siasatan kami dapati terdapat sepasang kekasih berada di dalamnya dipercayai tinggal serumah berdasarkan penemuan pakaian dalam wanita terbabit termasuk kelengkapan lain yang tersusun dalam almari milik kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan.

Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih dicekup oleh jawatankuasa masjid ketika tidur berdua-duaan di sebuah pondok berteduh dalam kawasan rumah dekat Gurun, Kedah pada jam 8 pagi.

Menurut Zaiferi, pasangan berusia 18 dan 20 tahun itu ditemui sedang nyenyak tidur dalam pondok yang terdapat dalam halaman rumah si lelaki.

“Kes itu, bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.