Fuh Gempak Player

28 Apr 2014

Aliff mahu lupakan

Saat timbul gosip penyanyi Nas Adilla mahu dipinang Datuk Jamal Abdillah tidak lamadulu, ada seseorang dikatakan kecewa dan membawa diri.
Orangnya ialah peserta rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Aliff, 28. Umum tahu selepas putus tunang, Aliff mula rapat dengan Nas. 
Keakraban antara mereka mula terjalin sewaktu menjayakan pementasan teater Hantu Ketapang, awal tahun lalu.

Tambah pula sebelum itu, Nas turut putus tunang dan ia menjadi isu kontroversi. Pertemuan di pentas teater membuahkan bibit cinta di antara Aliff dan Nas. Malah, kedua-dua artis muda ini mengaku hubungan dijalin sebelum ini serius
Foto
Berdepan kekecewaan, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Mohd Razali membawa diri dan membuat keputusan meninggalkan aktiviti seni buat sementara. Perkara itu dilakukan dengan alasan mahu mencari ketenangan. 
Aliff mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi komen membabitkan gosip buah hatinya mahu dipinang Jamal yang hangat diperkatakan. 

Jamal pula sebelum ini memberi kenyataan menafikan serta menegaskan apa diperkatakan (mahu meminang Nas) tidak benar. 

Terbaru, Aliff dan Nas kembali bersama dan berita itu tentu mengejutkan ramai pihak, terutama peminat jejaka berasal dari Bukit MertajamPulau Pinang itu. 

Apa yang membuatkan Aliff mahu menerima Nas kembali selepas kekasih hatinya meninggalkannya kerana lelaki lain? 

Kata Aliff, dia mahupun Nas belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini. Susulan spekulasi mengatakan kekasih hatinya mahu berkahwin dengan Jamal, mereka berdua cuba memperbetulkan keadaan. 

“Jamal menjadi mangsa keadaan apabila timbul khabar angin mengatakan dia mahu meminang Nas. Saya turut tertekan apabila orang ramai bertanya saya mengenai kesahihan cerita dihebahkan. 

“Sepanjang saya mendiamkan diri membabitkan isu ditimbulkan, orang luar yang banyak bercerita seolah-olah mengiyakan apa diperkatakan. Bagaimanapun, selepas Jamal memberi penjelasan, keadaan kembali seperti sedia kala. 

“Saya dan Nas sudah melupakan apa berlaku. Kami cuba tidak mengingatinya seperti tiada apa-apa berlaku dan ternyata selepas itu hubungan kami semakin lama semakin rapat,” katanya. 

Aliff akui, sewaktu mereka berhubung rapat, dia pernah merancang bertunang dengan Nas. Namun tiba-tiba timbul pula cerita mengatakan Nas mahu dipinang Jamal. 

Ia membuatkan dia cuba membawa diri. Namun melihat dari sudut positif, rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kejadian itu. 

“Saya akui membaca kenyataan Nas membabitkan gosip ditimbulkan, saya tidak boleh terima, terutama apabila mengingatkan apa yang Nas buat pada saya. 

“Begitupun, melihat dari sudut lain, kita sebagai manusia biasa kena terima kekurangan, apatah lagi kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Nas memohon maaf kepada saya dan menceritakan apa sebenarnya berlaku. 

“Saya memaafkannya. Apatah lagi dalam isu membabitkan dia dan Jamal, nama saya langsung tidak dikaitkan, jadi saya rasa tidak perlu untuk rasa sakit hati,” katanya. 

Selepas melalui ujian paling besar membabitkan hubungannya dengan Nas, Aliff akui ada perancangan untuk mengikat kekasih hatinya dengan melamarnya. 

Katanya, dia mencintai Nas dan berhasrat melamarnya, cuma tarikhnya tidak dapat dipastikan. Katanya, mengikut perancangan, dia tidak mahu mengikat tali pertunangan, sebaliknya mahu terus bernikah jika jodoh ditentukan. 

Mengenai kerjaya seni, kata Aliff, dia baru selesai menjalani rakaman lagu duet bersama Nas, Aku Sakit Hati yang diciptanya dan bakal diedarkan FMC Music. 

“Selepas kembali aktif, saya meletak jawatan sebagai eksekutif korporat di universiti swasta kerana mengikut jadual, aktiviti seni saya sangat padat. 

“Selain sibuk mempromosi lagu Aku Sakit Hati, saya akan terbabit dengan teater Bidasari yang bakal dipentaskan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jun depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment