Fuh Gempak Player

28 Apr 2014

Depan Mata: Bertudung tapi pakai sendat

Seorang lagi artis wa­nita tanah air bertudung dan berita itu dikongsi penyanyi Juliza Adzlizan, 47, di laman sosial Instagramnya, Selasa lalu.
Ramai memuji imej baru penyanyi yang popular dengan lagu Kuda Hitam itu. Kata mereka, wajahnya lebih ayu dan berseri-seri. 
Difahamkan, hasrat bertudung timbul sejak beberapa bulan lalu dan dimulakan dengan bertudung ketika menghadiri majlis keagamaan dan Selasa lalu, Juliza berkongsi penampilan barunya de­ngan umum. 

Juliza berhijrah selepas berasakan bersedia menjadi Muslimah yang menga­malkan tanggungjawab atas perintah agama.
Foto
JULIZA

Semoga imej baru ini membuatkan Juliza lebih berhati-hati dengan penampilannya selepas ini. Kita tidak mahu ada artis bertudung sekadar menutup rambut tetapi gaya pakaian masih menyerlahkan susuk tubuh yang seksi.

No comments:

Post a Comment