Sandiwara Cinta lagu yang dipopularkan kumpulan Repvblik akhirnya diumumkan sebagai lagu berbahasa Melayu pilihan Red Box berdasarkan kekerapan dinyanyikan pengunjung pusat karaoke keluarga itu, sekali gus mendominasi Anugerah Lagu Karaoke Popular 2013.
Majlis anugerah itu dilaksanakan pada acara yang dinamakan Malam Media Red Box bertempat di cawangan Red Box iaitu Red Box Ria, pusat beli-belah KL SOGO, Isnin lalu.
Ia juga dianjurkan sebagai tanda penghargaan juga apresiasi kepada pihak media dan syarikat rakaman tempatan.
Menduduki tangga pertama, Sandiwara Cinta MVM Production, Putih Putih Melati dendangan ST12 (Universal Music), Hanya Aku dendangan Hyper Cat, (Indigital Sdn Bhd), Sahabat (Najwa Latif featuring Sham Kamarul/NAR records) dan Bahagiamu Deritaku (Hafiz/MBNS), juga disenarai sebagai 10 lagu paling popular dalam kalangan pengunjung Red Box, sepanjang tahun lalu.
Menduduki tangga pertama, Sandiwara Cinta MVM Production, Putih Putih Melati dendangan ST12 (Universal Music), Hanya Aku dendangan Hyper Cat, (Indigital Sdn Bhd), Sahabat (Najwa Latif featuring Sham Kamarul/NAR records) dan Bahagiamu Deritaku (Hafiz/MBNS), juga disenarai sebagai 10 lagu paling popular dalam kalangan pengunjung Red Box, sepanjang tahun lalu.
CHOO (barisan tengah empat dari kiri) bersama wakil syarikat rakaman muzik.
Ini termasuk Penglipur Lara (Hazama/MBNS), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet/Warner Music), Setengah Mati Merindu (Judika/Sony Music), Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang (Tegar/Rusa Marketing) dan Sayang (Shae/Warner Music).
Manakala bagi kategori lagu berbahasa Inggeris pula, When I Was Your Man nyanyian Bruno Mars (Warner Music), Get Lucky (Daft Punk/Sony Music), Thrift Shop (Macklemore & Ryan Lewis/Warner Music), Just Give Me A Reason (P!nk feat Nate Ruess/Sony Music), Wake Me Up (Avicii/ Universal Music), Royals (Lorde/Universal Music), Skyfall (Adele/Warner Music), Roar (Katy Perry/Universal Music), Wrecking Ball (Miley Cyrus/Sony Music) dan Girl On Fire (Alicia Keys/Sony Music).
Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo berkata, majlis penganugerahan yang diadakan saban tahun itu memilih 10 lagu paling popular bahasa Melayu dan Inggeris berdasarkan pemilihan pelanggan dari setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box dan Red Box PLUS.
“Secara peribadi, anugerah ini kami anggap sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat yang lahir dalam industri seni suara dan besar harapan kami agar ia mampu diiktiraf sebagai satu pencapaian oleh artis dan syarikat rakaman tempatan.
“Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesungguhan media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif berhubung perkembangan Red Box Karaoke. Beliau berharap agar jalinan sedia ada ini berterusan dalam membantu usaha Red Box Karaoke memartabatkan lagi industri muzik negara.
“Sebagai contoh acara malam ini misalnya, Malam Media Red Box Karaoke berjaya menjadi acara tahunan kerana sokongan daripada semua pihak. Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang sudah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diterima.
“Ia salah satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala sokongan yang diberikan,” katanya.
Antara aktiviti lain yang memeriahkan malam itu, aktiviti karaoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti LED TV, smartphone, basikal, set teater rumah, set wangian, hamper, jam berjenama, baucar tunai dan banyak lagi yang disampaikan sendiri Valerie dan Ketua Pegawai Operasi Red Box, Michael Yong.
Majlis yang mengiktiraf populariti lagu karaoke tempatan dan antarabangsa ini turut menyaksikan kemunculan artis terkemuka HyperAct dan persembahan daripada komposer Haron Ahmad yang menyampaikan single terbaru beliau bertajuk Suara Kami (featuring Jay Jay).
Sementara itu promosi Baucar 9-Grid’ juga disediakan untuk orang ramai yang bersantai di pusat karaoke itu. Ia sah digunakan hingga 31 Julai ini dan boleh didapati di mana-mana cawangan Red Box, Red Box Ria dan Green Box Karaoke bersempena dengan promosi Members’ Day yang berlangsung hingga 31 Mei ini.
Promosi khusus buat ahli Red Box itu turut menawarkan Diskaun 15 peratus kepada setiap pelanggan, hanya dengan menunjukkan Kad Keahlian Biasa sewaktu ‘check-in’. Mereka yang mempunyai Kad Keahlian DotRed pula boleh menikmati Diskaun 20 peratus untuk setiap tetamu yang berada dalam satu bilik.
No comments:
Post a Comment