Fuh Gempak Player

24 Apr 2014

Oh My English! pikat Nadiya

Kebelakangan ini, pelakon wanita serba boleh Nadiya Nisaa, 28, semakin menyerlah kemampuannya membawa pelbagai watak, sekali gus menaikkan lagi profilnya sebagai antara pelakon berkualiti.
Penampilannya menerusi siri ikutan ramai Adam dan Hawa bergandingan dengan aktor Aaron Aziz turut menaikkan namanya berikutan lakonan cemerlangnya. 
Foto
NADIYA

Pelakon filem Cun ini ada sebab tersendiri kenapa dia menerima tawaran berkenaan. Ini kerana dia sudah lama mengidamkan untuk membuat kemunculan menerusi drama berkenaan.

“Saya melihat OME! ada keistimewaan sendiri yang mana bukan saja cukup dekat dengan masyarakat, malah cara pelaksanaan drama itu sendiri sangat menarik. 

“Adik saya sendiri menjadi pengikut tegar siri itu dan saya pun sebenarnya sudah terdetik sebelum ini untuk terbabit mungkin kalau bukan watak utama, sekadar penampilan khas pun sudah cukup,” katanya. 

Bercerita lanjut mengenai wataknya, dia tidak menafikan watak Jojie memang agak ringan kerana dia sekadar melunaskan karakter sebagai pelajar sekolah. 

Namun, apa yang menjadi cabaran buat Nadiya tentu sekali kemunculannya sendiri itu andai mampu menarik penonton atau tidak memandangkan sebelum ini pelakon terdahulu seperti Izara Aishah cukup menghidupkan OME!. 

“Ia sudah cukup kuat dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Itu yang sebenarnya saya agak bimbangkan apa lagi banyak pelakon baru ditampilkan untuk musim baru ini. 

“Karakter yang saya bawakan sendiri ini pun agak baru di mata penonton di mana saya kena jadi lasak, kasar, selekeh dan suka bersukan. Berbanding sebelum ini, Izara misalnya memegang watak gadis manis, saya agak berdebar bagaimana agaknya penonton menerima karakter Jojie,” katanya. 


Bukan anak emas Astro 

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Nadiya mengakui dia masih kekal dengan prinsipnya tidak mahu gelojoh dalam menerima tawaran berlakon dan selesa fokus kepada satu-satu projek saja. 

Ketika ditanya benarkah dia kini ‘anak emas’ Astro berikutan kemunculannya di stesen itu makin kerap, dia pantas menafikannya. 

“Astro mempunyai ba­nyak slot dan saya gembira apabila sentiasa mendapat peluang ditawarkan kepada mana-mana slot berkenaan. Tidak bermakna saya fokus kepada stesen itu saja kerana di stesen lain pun ada juga projek yang saya terima. 

“Slot di stesen lain pun agak terhad dan apa saja tawaran yang datang pada saya, kalau bersesuaian memang saya akan terima saja. 

“Apapun, buat masa ini saya cuma terbabit dalam OME! saja dan tidak menerima tawaran lain yang bercanggah dengan penggambaran drama itu. Saya lebih selesa meletakkan fokus saya sebegini,” katanya. 

Sementara itu, OME! bakal ditayangkan bermula 18 Mei ini di saluran TVIQ (Astro 610).

No comments:

Post a Comment