Masalah anak luar nikah dapat kita lihat kadang-kadang diambil mudah segelintir pihak. Bagi mereka perkara ini adalah biasa apatah lagi ia menjadi budaya di negara Barat yang lazimnya memperoleh anak sebelum berkahwin.
Namun ia bukanlah budaya di Malaysia, malah di dalam Islam perbuatan berkenaan adalah haram. Banyak masalah akan timbul di kemudian hari berlaku yang tanpa disedari sebenarnya ia akan memberi kesan kepada semua yang terbabit.
Justeru bagi memberi kesedaran akan kesan melahirkan anak luar nikah, pelbagai inisiatif serta program dianjurkan supaya perbuatan ini tidak terus berlaku. Malah, penggiat seni juga turut sama membantu dengan menyiarkan drama berkisarkan kehidupan anak luar nikah ketika membesar.
Menerusi drama bersiri terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Fajar Aiman, menyingkap kehidupan dua beradik yang masing-masing adalah anak luar nikah daripada berlainan ibu dan bapa.

Dilakonkan oleh Syarul Ridzwan dan Faralyana Idris, drama 20 episod itu akan bersiaran menerusi slot Azalea bermula 5 Mei depan setiap Isnin hingga Khamis.
Turut berlakon ialah Azhan Rani, Watie Elite dan Kismah Johar.
Menerusi garapan pengarah yang semakin dikenali, Hashim Rejab, drama berkisarkan kehidupan dua beradik yang selama ini menyangka mereka adalah adik-beradik kandung diangkat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kesan melahirkan anak luar nikah.
Walaupun mereka yang digelar anak luar nikah tidak bersalah, sebagai orang tua yang membesarkan mereka akan terasa tempiasnya, apatah lagi jika anak itu adalah darah daging sendiri, namun disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka, anak berkenaan berstatus tidak sah taraf.
Mengakui menghayati watak ini agak sukar bagi memberi ekspresi muka, Hashim berkata, dia perlu banyak berkomunikasi dengan pelakon utamanya iaitu Syarul dan Faralyana.
Malah, drama ini banyak membabitkan babak ‘flashback’ dari zaman anak luar nikah itu masih kecil sehinggalah kehidupan mereka dipaparkan apabila sudah dewasa.
“Walaupun sukar mendapatkan babak menarik terutama membabitkan ekspresi muka, saya lega kerana setiap pelakon berusaha memberikan penghayatan yang terbaik dan memenuhi apa yang saya inginkan.
“Bagi saya, jalan cerita ini menarik kerana memberi banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan berkaitan kehidupan anak luar nikah. Apa yang cuba dipaparkan juga bukan berniat mengaibkan sesiapa, sebaliknya ia sebagai rujukan untuk masyarakat di luar saya supaya mengelakkan daripada melakukan perbuatan terkutuk sehingga melahirkan anak luar nikah.
“Kesannya dapat dilihat terjadi kepada anak luar nikah berkenaan. Kehidupan mereka akan lebih tertekan apabila bukan diri sendiri saja malah orang sekeliling turut tahu status sebenar dirinya.
“Akibat daripada inilah yang akan terjadinya masalah sosial lain di samping anak luar nikah akan merasakan diri mereka hina dan tidak layak untuk berhadapan dengan sesiapa,” katanya.
Selain berdepan cabaran ekspresi muka, Hashim berkata, dia dan kru perlu menghadapi masalah lokasi yang jauh seperti di Sijangkang, Selangor membabitkan babak di kampung.
Ini membuatkan penggambaran kadangkala menjadi lewat kerana perlu menunggu semua orang berkumpul.
“Ini adalah kerjasama kedua saya bersama Suhan Movies dan saya berpuas hati walaupun ada kru yang terbabit baru pertama kali bekerjasama dengan saya, masing-masing memberikan komitmen yang tinggi,” katanya.
Sinopsis
Fajar Aiman mengisahkan hubungan cinta di antara Sufian dengan Erma tercemar apabila Sufian gagal menahan godaan nafsu. Keterlanjuran yang dilakukan membuatkan Erma hilang kepercayaan terhadap Sufian.
Sufian mengaku kesalahannya mengambil kesempatan ke atas Erma. Dia berjanji akan bertanggungjawab atas perbuatannya.
Bagaimanapun, cita-citanya untuk menikahi Erma dihalang oleh kakak Sufian yang membesarkannya, Mariah yang merancang mengahwinkannya dengan Najwa.
Pengakuan Sufian di atas perlakuannya terhadap Erma semakin menambah kemarahan kakaknya, lantas menuduh Erma bukan gadis yang baik untuk dijadikan isteri. Mariah melemparkan tuduhan dan menyatakan, jika Erma sanggup tidur dengan lelaki yang bukan suaminya, tidak mustahil dia sudah tidur dengan lelaki lain juga.
Akhirnya, Sufian tunduk dengan kemahuan kakaknya lalu berkahwin dengan Najwa. Pada hari sepatutnya, dia menikah dengan Erma.
Keputusan Sufian membuatkan Erma kecewa, lebih-lebih lagi apabila sebulan selepas itu, Erma mendapati dia mengandung. Dia berjumpa Sufian untuk bertanggungjawab atas anak yang dikandungnya itu.
Bagaimanapun, Sufian enggan dan menuduh mungkin bayi itu bukan anaknya. Kecewa dengan sikap Sufian, Erma terpaksa menghadapi segala-galanya seorang diri.

No comments:
Post a Comment