Fuh Gempak Player

24 Apr 2014

Jelajah Komedi Sinar: 4,000 serbu pelawak popular

Siri kedua Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha di Mydin Pusat Perdaga­ngan Antarabangsa Melaka (MITC), Sabtu lalu, me­nerima sambutan luar ­biasa apabila dihadiri lebih 4,000 penonton.
Penonton mula membanjiri pekarangan pasar raya itu seawal jam 11 pagi untuk menyaksikan persembahan menarik daripada penyampai radio serta pelawak kesayangan. 
Selain penyampai stesen radio Sinar FM, siri kedua jelajah itu turut dijayakan pelawak terkenal antara Jep Sepahtu, kumpulan Shiro, Jambu serta Bocey. 

Turut menghiburkan penonton di pentas ialah pe­nyanyi undangan Ramlah Ram dan Alyah yang memeriahkan lagi acara dengan mendendangkan beberapa lagu.
Foto
ANGGOTA kumpulan Bocey membuat persembahan.

Pengurus Kandungan Stesen Sinar FM Rizal Sahimy berkata, acara itu memberi peluang kepada semua pe­nyampai terbabit untuk turun padang bertemu dengan peminat mereka.

“Sambutan jelajah minggu ini di Melaka sangat meriah. Ini menandakan penduduk setempat memberi sokongan padu terhadap jelajah berkenaan. 

“Kami di Sinar FM gembira dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Melaka,” katanya. 

Menurutnya, menerusi acara itu pelawak dan penyampai radio boleh memberi nasihat dan maklumat berguna kepada peminat. 

“Justeru, kami di Sinar FM akan terus menjadi stesen radio yang memperjuangkan kehendak pendengar dan berusaha memberi yang terbaik,” katanya. 

lokasi seterusnya Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha akan menutup tirainya di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini. 

Saksikan kemunculan pelawak daripada kumpulan Jambu, SYJ, Shiro, Bocey dan juga Jep di siri jelajah seterusnya.

No comments:

Post a Comment