Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

Rakam lagu konsep duet

Penyanyi dengan kualiti suara hebat, Adibah Noor bakal menghasilkan album baru berkonsep duet yang belum pernah dihasilkan mana-mana penyanyi tanah air sebelum ini.
Adibah yang cukup popular dengan lagu Terlalu Istimewa berkata, album ketiga itu akan mengumpul lagu duet bersama beberapa pe­nyanyi tempatan dan setakat ini sudah merakamkan empat lagu. 
“Sebenarnya album berkonsep duet sudah banyak di luar negara dan saya mahu membawa kepelbagaian de­ngan berkolaborasi de­ngan penyanyi lama dan baru,” katanya. 

Dia yang juga pelakon, pengacara dan penyampai radio itu berkata, setakat ini, dia sudah menghasilkan lagu bersama Dina Nadzir, Sam Innuendo dan artis baru, Nizam.
Foto
ADIBAH Noor lebih suka menyanyi dengan live band.

“Sekiranya ada peluang, saya juga ingin bekerjasama dengan Datuk M Nasir untuk menghasil­kan lagu.

“Saya masih mencari beberapa lagi lagu untuk melengkapkan album ini yang dijangka keluar pada tahun ini,” katanya. 

Kata pelakon Sepet itu, dia memilih Nizam untuk ditampilkan dalam album itu kerana pengalaman penyanyi itu selama 20 tahun. 

“Saya sudah lama mengenali Nizam dan dia adalah penyanyi kelab yang berpengalaman. 

“Lagi pun saya mahu membuka peluang kepada penyanyi kurang dikenali untuk maju dalam industri,” katanya. 

Sementara itu, Adibah berkata, dia seronok menjadi penyampai radio program Ceria Pagi Suria FM kerana dapat berinteraksi dengan pendengar dan peminatnya. 

“Saya dan rakan setugas Halim Othman semakin serasi sejak menyertai stesen radio itu pada Februari tahun lalu. 

“Setakat ini, saya tiada masalah mengendali jadual kerjaya kerana memilih projek yang sesuai dengan masa,” katanya. 

Mengenai persembahannya di Hugo’s On 6, Hotel Best Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur pada 7 Jun depan, Adibah berkata, dia tidak sabar beraksi di pentas kerana akan diiringi dengan live band. 

“Sebenarnya saya amat rindu membuat persembahan bersama live band kerana sudah lama tidak diberi peluang menyanyi berkonsep seperti ini. Saya boleh berinteraksi dengan ahli muzik serta penonton. 

“Berbanding minus one, saya berasa berseorangan ketika menyanyi dan ia memang membosankan,” katanya. 

Tambah Adibah lagi, dia akan mendendangkan 18 lagu kegemaran peminat termasuk lagu pilihan lain.

Tiket persembahan Adibah Noor di Hugo’s 6 pada 7 Jun depan berharga RM280 seorang yang termasuk enam hidangan masakan barat. 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi 03-2272 8888 atau e-mel kepada fb2sentral@bestwestern.com.my.

No comments:

Post a Comment