Fuh Gempak Player

15 May 2014

Nota Neelofa: Selamat Hari Ibu, Mama!

Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Ibu! Ada yang terlupa hari ini kita menyambut Hari Ibu? Tak apa, masih belum terlambat untuk kita semua cepat-cepat pergi peluk mama, ibu, emak, ummi atau apa saja panggilan untuk ibu dan luahkan rasa cinta dan terima kasih kepada mereka.
Tapi ingat, bukan waktu Hari Ibu saja baru nak tunjukkan rasa sayang. Kalau boleh, anggap saja setiap hari ialah Hari Ibu! Setakat pelukan dan ucapan “Saya Sayang Mama” dan “Terima Kasih Mama’’ bukannya susah sangat pun, kan? 
Lofa yakin kalau ditanya setiap individu, pasti semua menyatakan ibu insan terbaik. Pandai memasak, sporting, memahami dan sebagainya! Tak terkecuali, Lofa sendiri.

Ibu atau Lofa panggil Mama bukan sekadar ibu. Dialah sahabat terbaik Lofa, pendengar paling setia dan juga doktor peribadi Lofa.
Foto
MAMA berpantang selepas melahirkan Lofa.

Mamalah individu yang tak pernah putus asa atas apa yang terjadi pada anaknya yang bernama Noor Neelofa ini.

No comments:

Post a Comment