Fuh Gempak Player

8 Oct 2014

Cetus Evolusi: Fuh FM khas untuk peminat rock

SEIRING dengan perkembangan teknologi yang semakin giat dibangunkan di negara kita, siaran radio bukan sahaja dapat didengari di corong-corong radio sebaliknya di hujung jari anda.

Bertepatan dengan tagline 'Mencetuskan Evolusi', radio online Fuh FM yang ditubuhkan pada Mac 2012 mencipta satu lagi sejarah dalam dunia penyiaran.

Sebagai alternatif kepada radio dahulu, pendengar boleh mendengar lagu menerusi Internet dalam sesawang http://fuhfmradio3.blogspot.com/ secara percuma.

Menurut Pengarah Fuh Network Management, Zamrudul Ahmar Mohd Ruslan atau lebih dikenali sebagai DJ Zack, radio online itu ditubuhkan berdasarkan permintaan orang ramai.

Katanya, dunia hujung jari membolehkan setiap lapisan masyarakat dapat mendengar lagu pilihan mereka di mana jua berada.

"Malah, kami beroperasi selama 24 jam seminggu tanpa henti untuk pendengar. Kebanyakan genre lagu yang diputarkan adalah rock kapak ketika era 70 an 80 an 90an hingga terkini.

"Ianya boleh didengari melalui alam maya atau Internet yang dipancarkan bukan sahaja dalam negara bahkan seluruh dunia," katanya.

Permintaan pendengar

Menceritakan di awal penubuhan radio online itu, DJ Zack berkata, ia dibina dengan kekuatan empat petugas yang juga dalam masa sama mengendalikan segmen-segmen bermula seawal jam 8 pagi sehingga keesokan harinya.

"Setelah dua tahun berlalu, kami kini mempunyai beberapa tambahan staf yang membantu melancarkan perjalanan radio kami.

"Kami juga merupakan radio rasmi kepada program Rockers Apa Khabar yang menjelajah seluruh Malaysia," katanya.

Ujarnya, selain lima penyampai radio atau DJ, mereka turut dibantu dengan dua staf sokongan iaitu Azarul Azila Zainal Abidin (Juru Foto) Mohd Syukri

Sedikit mengenai Fuh FM, Zack berkata, ia adalah 100 peratus syarikat yang dimiliki Bumiputera yang dibangunkan secara tidak rasmi pada tiga tahun lalu.

"Fuh FM adalah salah satu projek di bawah Fuh Network Management dan atas permintaan pembaca-pembaca blog kami iaitu Kaki Berita.

"Pendengar boleh mendengar suara kami sama ada melalui website mahupun telefon pintar. Ia merupakan permulaan kami dalam satu skop yang baru iaitu persembahan melalui suara dan pendengar," ujarnya.

Sementara itu, terdapat 11 segmen yang ditawarkan kepada pendengar termasuklah Fuh Santai, Fuh Cintan, Fuh Interhtz, Madah Pujangga, Retro dan sebagainya.

Perkhidmatan terbaik

Dalam masa sama, Zack berkata selain radio online Fuh Fm juga menyediakan pelbagai perkhimatan diantaranya membekal Alat system bunyi(P.A System) untuk karaoke,perkhidmatan Deejay/Pengacara,pengurusan karnival web design,printing,pengiklanan,promosi lagu baru artis tempatan,membawa/mempromosikan artis rock tanahair .katanya

"Kelebihan pada kami berbanding syarikat lain ialah kami mampu membawakan suasana majlis tersebut secara langsung melalui sistem radio kami iaitu FuhFM.

"Kami juga memberi perkhidmatan deejay dan pengacaraan yang terbaik untuk sesebuah majlis dan karnival.

"Kesemua pengacara dan deejay dari Fuh FM adalah yang terlatih," katanya.

Selain itu, Zack berkata, dia mahu radio menjadi medium penyebaran informasi dan menubuhkan sebuah blog yang dikenali sebagai kaki Berita.

"Dari situ kami memberikan informasi tulus dan mendapatkan dari sumber boleh dipercayai mengikut akta media komunikasi," ujarnya.


6 Oct 2014

Afee U-topia Masih Berbisa

Siapa tak tahu lagu Maya Percintaan, Di Sini Pasti ataupu Mithali Cintaku maknanya dia bukanlah peminat rock kapak yang sejati. Sebab lagu-lagu ini lah yang selalu berkumandang di corong2 radio dan lagu2 ni lah lagu yang melonjakkan nama Kumpulan U-topia dalam persada muzik rock tanahair.

Mungkin ramai yang fikir kumpulan U-topia dah lama berkubur sama dengan banyak lagi kumpulan rock popular sekitar 80an dan 90an. Ternyata korang silap kerana Vokalis yang sememangnya vokalis asal dan satu-satunya vokalis kumpulan U-topia bak kata omputeh the one and only masih lagi aktif membawa nama U-topia dalam arena muzik tempatan.

Lagu-lagu popular U-topia yang sangat dikenali oleh masyarakat, bukan saja peminat rock yang sebaya dengan gua malah yang kecik2 pon boleh nyanyi sama2 dengan Bro Afee di persembahan pentas beliau. Nampak tak, betapa hebatnya penangan orang lama yang kita gelar Otai ni. 

Pada sekitar tahun 2012 nama Afee kembali menggegar arena muzik tempatan apabila lagu rakaman terbarunya, Maafkan Aku mula menguasai carta2 radio tempatan sekaligus melonjakkan nama vokalis U-topia yang selama ni kita tak pernah nak amik kesah. Sebagai peminat rock dolu2, gua akui.. memang gua xpernah tahu nama line up U-topia ni, tapi lagu2 diorang terpahat dalam hati gua. Tapi Bro Afee sendiri pernah berkata "Tak kenal orang takpa, yang penting lagu korang tau" ... mesti lah kan? sbb lagu tu yang membolehkan diorg cari makan.

Dikhabarkan juga Bro Afee kini merupakan Duta Produk bagi sebuah jenama automotif terkemuka iaitu MP-R Auto Perfomance. Maklumat lanjut klik sini http://mpr4u.my  dan Bro Afee sibuk keluar masuk konti-konti radio dalam rangka promosi MP-R dan turut serta turun padang bersama team MP-R.

Posting ni bukan apa, cuma untuk gua sebarkan pada korang yang Bro Afee masih aktif dan Kumpulan U-topia juga masih wujud lagi. 

Kepada lu orang yang mahu melihat Bro Afee beraksi di majlis korang samada secara solo atau bersama kumpulan U-topia, korang boleh terus direct contact Bro Afee di talian 013-674 5664

21 May 2014

Ecah sedih lagu tak ikut trend

Hanya kerana me­rasakan lagunya tidak mengikut aliran masa kini, ­sebuah stesen radiodikatakan enggan memutarkan karya bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aishah kepada pendengar.
Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang mengakui perkara itu menyebabkan dia berputusasa dan tidak mahu meneruskan usaha mempromosi lagu itu. 
Menurut penyanyi berusia 23 tahun itu, single pertama ciptaan sendiri itu berjudul Indah dan bergenre kontemporari jazz.

“Saya menghantar lagu itu kepada orang atasan sebuah stesen radio untuk didengar dan berharap dia memberi respons baik. Bagaimanapun, saya sangat kecewa sebaik diberitahu lagu itu kurang sesuai untuk pendengar stesen radio berkenaan kerana muzik­nya sudah bukan trend sekarang,” katanya.
Foto
Ecah

Katanya lagi, komen negatif itu menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat menghantar lagunya ke stesen radio lain kerana hilang keyakinan diri.

“Kejadian itu betul-betul menjatuhkan semangat saya kerana karya itu adalah usaha sendiri sepenuh­nya,” katanya.

Aishah juga mengakui agak sukar baginya menaikkan kariernya dalam industri hiburan tempatan kerana dia tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

“Sekarang, saya gerak sendiri dan ingin ada orang menguruskan karier, cuma tidak tahu kriteria yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia kini mahu dikenali sebagai Ecah kerana ramai pe­nyanyi memiliki nama sama dengan­nya.

Mengenai perkembangan kerjaya, penyanyi itu muncul sebagai penyanyi undangan untuk single baru Cat Farish bersama kumpulan Tiga Swagger dan Zizan Razak berjudul Ops! Aku Dah Ter.

Selain itu, Aishah menjadi pengacara program tarian berjudul Ketipan Payung di RTM dan bakal terbabit dalam penggambaran program baru stesen televisyen itu.

Kedah berkabung

Alor Setar: Suasana pilu menyelubungi rakyat Kedah yang hadir di Makam Diraja Langgar, di sini, sebaik jenazah Almarhum Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, tiba di pekarangan makam untuk disemadikan, semalam.
Jenazah Almarhum Tunku Annuar selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, di sini, jam 5.20 petang selepas diarak 20 kilometer menaiki pedati diraja melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung dan seterusnya ke Jalan Langgar.
Terdahulu, Almarhum yang juga Tunku Bendahara Kedah mangkat pada jam 12.20 tengah malam semalam di Hospital Pantai Ipoh, Perak akibat serangan jantung ketika berhenti makan di Ipoh sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Istana Kuala Cegar sebelum ke Balai Penghadapan di Istana Anak Bukit untuk disembahyangkan dan dibawa berarak ke Makam Diraja Jalan Langgar pada jam 3.40 petang untuk disemadikan selepas solat Asar.
Foto
TUANKU Abdul Halim serta Tuanku Hajah Haminah bersama Muhyiddin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Annuar, semalam.

Sebaik jenazah Almarhum disembahyangkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda penghormatan terakhir.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Toh Puan Bendahara Nor Suzana Abdullah dan empat cahaya mata iaitu Tunku Putra Badlishah, Tunku Azudin Shah, Tunku Johanez dan Tunku Marina.

Upacara pemakaman dihadiri kerabat Diraja Kedah termasuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan barisan pemimpin negeri.

Turut hadir, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Fiza sunyi selepas bercerai

Andainya masa boleh diputar kembali, dia juga impikan rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Yang Maha Pencipta.
Ternyata, baru tujuh bulan mengecapi kemanisan berumah tangga dengan penyanyi Adam AF2, pelakon dan penyanyi Fiza Elite, 32, terpaksa reda dengan kehancuran rumah tangga mereka yang baru dibina itu.
Sudah kering air matanya menangisi perpisahan yang tidak dirancang itu. Demi masa depan, Fiza mengakui, dia perlu tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya yang masih kecil.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, walaupun sudah bercerai, hubungannya dengan Adam masih baik seperti dulu.

“Kami juga masih berhubung dan bertanya khabar perkembangan diri masing-masing. Saya juga sudah meminta maaf kepada keluarga Adam (bekas mentua) atas apa yang berlaku dan berharap mereka dapat menerima saya semula selepas ini.

Campak pistol atas jalan

Serdang: Seorang penjenayah bermotosikal yang dikejar anggota polis bertindak mencampakkan sepucuk pistol dan satu kelopak peluru ke atas jalan raya bagi menghapuskan bukti jenayah dilakukan.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek bertindak merempuh pemeriksaan anggota polis sewaktu ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Puteri di sini. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon berkata, suspek dikesan menaiki tiga motosikal bersama empat rakan lain sebelum cuba ditahan tiga anggota unit kereta peronda polis. 

Beliau berkata, kelima-lima suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun bertindak melarikan diri sebelum dikejar polis.
Foto
SEORANG daripada lima suspek yang ditahan.

“Seorang suspek yang membonceng motosikal terbabit dilihat sempat mencampakkan sepucuk pistol ketika sedang melarikan diri.

‘Syurga saya bawah jejambat’

: “Setiap malam saya tidur di atas sofa lusuh ini. Saya tiada pilihan kerana ini saja tempat saya berteduh,” kata Jamaluddin Abdullah Ratnam, 66, yang tinggal gelandangan di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter Pantai Dalam di sini, sejak 10 tahun lalu.
Biarpun hidup dalam keadaan tidak terurus dan diganggu bunyi bising gerabak komuter namun lelaki warga emas terbabit tetap menghuni kawasan itu yang dianggap ‘syurga’ bagi berteduh dari panas dan hujan. 
diakini hidup sebatang kara kerana tidak pernah berkahwin malah adik-beradiknya juga tidak pernah ditemui sejak berhijrah ke Kuala Lumpurpuluhan tahun lalu. 

“Sebelum inisaya ada rumah di perkampungan setinggan di kawasan berhampiran namun semua rumah itu dirobohkan. Malah semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan.
Foto
JAMALUDDIN berehat di sofalusuh di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter.

“Keadaan itulah yang memaksa saya tinggal di bawah jejambat ini. Saya bukannya sengaja tinggal di sini tetapi saya tidak ada pilihan,” jelas lelaki berasal dari Alor Gajah, Melakaini.

Padah lompat pagar sekolah

Rantau Panjang: Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci. 
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan 'Hydraulic Cutter' untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.

"Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
Foto
FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat.

"Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu," katanya.

Berapa Kos Malaysia Perlu Bayar Untuk Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi

Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara
Fu Wa & Fengyi
Berapa Kos Malaysia Perlu Bayar Untuk Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi  | Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.


Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.


Panda Gergasi
Pasangan Panda Gergasi. Panda jantan, Fu Wa (kiri), dan panda betina, Feng Yi

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.


Astro Awani


Video Panda Gergasi Fu Wang Dan Feng Yi

Nat Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki.

Skru pada kemaluan.

Skru lelaki kemaluan

[Image: pasukan_bomba,_nat_skru,_keupayaan_seksu...sulit,.jpg]


Karut betul la. Menyusahkan orang betul. Macam la bomba takde keje lain nak buat dari melayan kerenah manusia yang tak guna akal dengan sempurna.

Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

tangkap Berbogel, Beri Alasan Datang Rumah Awek Nak Cuci Baju

[Image: image.jpg]

Pasangan kekasih dicekup dan ditahan sebelum disoal siasat.

SUNGAI PETANI - “Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasihnya ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kerana bersekedudukan.

Pasangan itu dicekup dalam sebuah rumah di sini ketika sedang tidur pada jam 9.30 pagi oleh sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Pasangan itu yang berusia 20 tahun berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar menyewa di perumahan terbabit kerana mendakwa sedang bekerja di bandar ini.

Apabila ditanya, wanita itu berkata, rumah sewanya hanya 200 meter dari situ dan datang ke rumah kekasihnya pada jam 8 pagi untuk mencuci baju kerana terdapat sebuah mesin basuh di situ.

Bagaimanapun, ketika dicekup kedua-duanya ditemui berada di sebuah bilik dan salah seorangnya tidak berpakaian.

Berdasarkan pengakuan, mereka sudah berkenalan lima tahun lalu sejak di bangku sekolah dan kini masing-masing sedang bekerja di sebuah pasar raya dan kilang berasaskan ubat-ubatan di bandar ini.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, aduan dikemukakan orang awam apabila ternampak seorang wanita sering berkunjung ke rumah kekasihnya yang tinggal seorang diri termasuk pada waktu malam.

“Hasil siasatan kami dapati terdapat sepasang kekasih berada di dalamnya dipercayai tinggal serumah berdasarkan penemuan pakaian dalam wanita terbabit termasuk kelengkapan lain yang tersusun dalam almari milik kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan.

Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih dicekup oleh jawatankuasa masjid ketika tidur berdua-duaan di sebuah pondok berteduh dalam kawasan rumah dekat Gurun, Kedah pada jam 8 pagi.

Menurut Zaiferi, pasangan berusia 18 dan 20 tahun itu ditemui sedang nyenyak tidur dalam pondok yang terdapat dalam halaman rumah si lelaki.

“Kes itu, bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Kejadian Sebuah Bas Ekspres Bertembung Dengan Sebuah Helikopter Di Lebuh Raya Utara S

“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas"

Bas helikopter bertembung PLUS Kepala Batas Pulau Pinang.


helikopter TUDM

[Image: BasHeli_1.jpg]



Difahamkan ada kejadian sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah helikopter di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kejadian itu melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).




[Image: HeliBas_3.jpg]

Sebuah kereta turut terbalik dalam kejadian itu.




Jika anda sedang memandu ke arah utara sebaiknya berhati-hati jika melalui kawasan itu kerana kemalangan seperti itu pastinya akan menjadikan jalan raya sesak teruk.

Jangan panik dahulu, sebenarnya itu adalah latihan kecemasan kemalangan yang diadakan oleh pihak PLUS dua hari lepas.


Jurucakap itu berkata latihan itu sebagai langkah persediaan kepada PLUS jika kejadian tidak diingini seperti sebuah helikopter mendarat cemas di atas lebuh raya atas sebab-sebab teknikal.


“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas untuk bersedia jika ada helikopter terpaksa mendarat di lebuh raya jadi kami bersedia untuk semua kemungkinan,” katanya.




[Image: HeliBas_2.jpg]




Syabas kepada pihak PLUS kerana mengadakan latihan sebegitu kerana ia pastinya tidak terfikir untuk sebuah helikopter mendarat di atas lebuh raya PLUS yang begitu sibuk digunakan oleh pengguna lebuh raya setiap hari.


Lebih-lebih lagi apabila terjadi kehilangan sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas yang tidak diketahui lokasinya sehingga hari ini.

Anggota Trafik Masuk Longkang Dirempuh Kereta

Sungai Petani: Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta dinaiki tiga lelaki ketika cuba menahan suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri besi di Pekan Baru, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari di kawasan rumah kedai menyebabkan mangsa berusia 50 tahun cedera ringan pada lutut dan kaki akibat terjatuh manakala motosikal berkuasa tinggi dinaikinya terperosok ke dalam longkang. 


Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, anggota trafik itu membuat tinjauan di lokasi terbabit dan dan mendapati sebuah kereta Toyota LE dinaiki tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran bangunan rumah kedai itu, namun kehadiran anggota trafik terbabit disedari suspek sebelum bertindak melarikan diri. 

“Ketika cuba melarikan diri, suspek bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis trafik terbabit,” katanya. menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu termasuk ke dalam longkang berhampiran,” katanya.

[Image: xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.xjXr1tQWzb.webp]

Foto
MOTOSIKAL berkuasa tinggi trafik terperosok di dalam longkang.


Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera ringan di kaki dan lutut.


“Suspek kemudian melarikan diri, tetapi dikejar oleh anggota trafik lain dengan dibantu anggota cawangan jenayah sehingga ke Kampung Penghulu Him sejauh tujuh kilometer sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan,” katanya
[Image: 10298941_323596824459047_6313856194978090842_n.jpg]

Quote:Maklum kemalangan melibatkan satu kecederaan anggota trfik
Daerah kuala muda
K/muda rpt 5247/14
Ringkasan kejadian.
Pada 21/5/14 jm lebih kurang 1.35 petng anggota kpl 120515 , bersama kpl 114018, kpl 138839, kpl 109952, kpl 128804, lkpl 165511 . Buat rondaan di sekitar pekan baru sungai petani dan jalan mawar 2 ,bakar kapor. Ketika sedang buat rondan dtng ,1 lelaki cina dn 1 lelaki warga indonesia beritahu ada orang sedang mencuri tangki air, penutup longkang, besi buruk. Anggota yg lain segera ke lokasi kejadian dan bila smpai sebuah mkar nom AAQ 2531 cuba melarikan diri masuk lorong kecil antara banggunan dan belok kekanan. Datang anggota msikal WSB 4894 dari jalan utama di sebelah kanan gagal mengelak dan terus berlaku perlanggaran sisi kiri mkar dan kiri msikal. Akibt dri perlanggaran itu msikal terbabas ke sebelH kanan masuk dlm longkang. Saspek kini berjaya di tahan dn berada di ipd kuala muda untuk buat ujian air kencing, dan serah ke pihak jsj.

Butir-butir anggota pemandu m/sikal WSB 4894:
Nama: saleh bin ramli
Kp: RF 109953
Alamat: caw. Trafik ipd kuala muda, sg petani 
Umur: 50 thn
Saspek mkar AAQ 2531
Nama : mohd zuraidi bin mes man
Kp: 851203/02/5925
Alamat : 288kg tanjung putri 09300 kuala ketil.kedah
Kes di siasat di bawah sek 43(1)apj 1987.
Untuk makluman Ydh Dato' dan tuan. 
Insp. Nor eli nadiah abdullah
I.O trafik kuala muda
Sekian terima kasih.


Gosip Artis - Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

Pelakon Rita Rudaini telah menegur tindakan seorang blogger hiburan yang disifatkannya telah menokok tambah cerita yang diambilnya dari portal hiburan Murai.com.my (Murai) sehingga menyebabkan Rita ditempelak oleh Aidil dan keluarganya.

Antara isi kandungan cerita asal ditulis Murai, Rita memberitahu bahawa dahulu Aidil memang tidak membenarkan dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.

Oleh kerana tindakan blogger tersebut yang membuat andaian sendiri dengan meletakkangambar Aaron Aziz di dalam entrinya itu, ternyata telah mengundang rasa tidak senang daripada pihak Aidil.

pelakon rita rudaini
Pelakon Rita Rudaini

Ketika dihubungi, Rita dengan nada tegas menyuarakan kekesalannya dengan apa yang berlaku walaupun pihak blogger tersebut telah memadam entri berkenaan yang disifatkan Rita sebagai tidak beretika.

"Kalau dia(blogger) tidak tahu atau jelas dengan situasi sebenar, tolonglah jangan memandai-mandai menambah cerita kerana akibatnya saya juga yang kena telan.
"Adakah dia tahu yang saya telah dilemparkan dengan macam-macam tuduhan selepas keluarnya cerita tersebut?
"Sekalipun ia telah dipadam atau dibuang, saya tetap mendapat tempelaknya walaupun saya tidak pernah menyebut siapa aktor itu.
"Saya sendiri pun mendapat tahu mengenai hal ini selepas saya dimarahi pihak 'sana' kerana dituduh suka mencetuskan kontroversi.
"Jangan jadikan isu sensitif dan perkara yang di luar pengetahuan sebagai cara untuk membuatkan orang membaca blog anda.
"Kalau gosip sekalipun pasti ada cara yang betul dan bukan menjual nama orang demi kepentingan sendiri.
"Selepas ditegur di Twitter pun, dia seperti mengganggap perkara itu tidak besar.
"Mungkin pada dia, tetapi saya terpaksa tanggung bila nama dan reputasi saya tercalar,"cerita Rita panjang lebar mengenai tindakan seorang blogger hiburan itu.

Dia yang agak bengang dengan perkara itu berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Di dalam Twitter juga, Rita memohon agar tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia bermasalah.

Selain itu dia mahu pihak berkenaan menjelaskan bahawa itu semua adalah cerita andaian dan bukan daripada Rita sendiri.

Isu Rogol, Keena Tidak Menganiaya Mohd Mentor - Gosip Panas Artis Terkini

 artikel tentang kes rogol yang membabitkan Mohd Mentor musim keempat yang sedang dibicarakan. Mesti ramai yang nak tahukan siapakah kekasih Mohd itu? Ramai yang kata Keena protege Awie. Betul ke?

Hari tu Mohd ada cakapkan dia nak buat sidang media namun, tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.

keena dan mohd
Keena dan Mohd 
Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.

"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.
"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.

"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.
Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.

"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya.